Loves...Lifes....and Works
Wednesday, February 22, 2012
Tuesday, February 21, 2012
Rayuan Saya Bantu insan kecil ini....Faris....
FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL HOSPITAL HAMPIR MENCECAH
RM100,000)
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat
ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu,
lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Di atas adalah komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.
Tak sangka ayat-ayat di atas mampu membuatkan aku sedih dan
sebak.....tak tahulah macam mana kalau aku didalam situasi macam ni....baru ku
tahu macam mana keadaan family aku bila doktor memberi berita buruk yang anak
mereka mengalami masalah Jantung 34 tahun yang lalu...
Berikut gambar pertama dihantar kepada saya.
"Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya
bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala,"
ujar Sham kepada saudara mazidul.
'Walaupun doktor kata keadaan
Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun
saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama
anak saya Faris....Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan
kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun
cuba berinteraksi ngannya"
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....
Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....
Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'
Pembaca boleh membaca kisah Faris di Mari Bersama Kita Membantu Faris Untuk Terus Hidup Dengan Izin Allah, STM (Akronim Paling Bermakna Bagi Faris, Gambar Terkini Faris (Mampukah Dia Tersenyum Kembali?) dan Faris Terkini.
"Gambar kedua, saya rekodkan
selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari
dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah
pesakit.
Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.
Sewaktu mula mengetahui kisah
derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan
oleh Sham dan isteri, RM75,000.
Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68.
Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit.
Untuk makluman, Faris kini
terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan
keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.
Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.
Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.
Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.
Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.
Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.
Mewakili keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.
sumber dari blog, Bersama Mazidul
Monday, February 20, 2012
BerKerja Sambil Bercuti
Salam guys...
Tak tau la nape, kat melaka ni aku gila update blog....selalunye malas n takde idea nak update...tapi sini laju pulak.....Anyhu....bebalik pada tajuk...semua taukan (kalau tak tau ni nak bagi tau ni ngeh ngeh ngeh...) yang aku outstation... site kali ni Melaka bandar bersejarah (frust gile, datang si DSLR aku rosak). setelah berhempas pulas memenuhi kouta point aku. Bro Uzir pon ingin la melepaskan geram tengok ramaipelacur pelancong bermaharajalela disini....so kami pon mengambil keputusan untuk menjadi pelancong pula....keputusan pertama kite orang nak naik Melaka River Cruise...bak kata Bro Uzir "Awok geram je tengok mike naik bot tu...awok pon nok jugok...." so, berbekalkan RM10 sorang kami pon menaiki le River Cruise yang Bro Uzir idam-idamkan...mike tengok je le gambor ek...
cover perut tu sikit wok......


Betapa Gembiranye Bro Uzir masa tu tak tekire....ada videonye....(malas upload, nanti kantoikan diri sendiri). lepas tu dah round-round sungai, datang pulok idea cerdiknye kami nak naik A'Famosa pulak...ape lagi kami pon menapak la ke A'Famosa dengan semangat membara untuk menjadi pelancong diMelaka ini....500m jugak la menapak....mike tengok gambor kat A'Famosa la pulok.....
Lepas tu...kami berehat sekejap kat Dataran Pahlawan....kate bro Uzir...ambik hawa dingin sikit...(tau mike bepeluh-peluh menapak) kat Dataran Pahlawan ni lupe pulak nak ngambil gambornye....last kami balik ke hotel, Hotel Sri Pelangi...(dah adegan promote pulak dah) start motor untuk dinner...kat mane la lagi kalo tak restoran kegemaran dia....Asam Pedas Pokok Besar...kalau bole hari-hari dia nak kesini....

dan Menu aku kali ni Asam Pedas Daging Tetel....nyum nyum....
so dengan ini berakhirlah pengembaraan 2 orang saudagar minyak pengasih orang asli kali ini...dan ini la jugak penutup bagi negeri Melaka Bandaraya Bersejarah....minggu depan...mengadaplah lagi untuk sesi pengembaraan ke negeri or daerah mana belum diketahui...(sebenarnye dah tau...tapi tak nak bagi tau...takut orang kejar....kamikan Artis AZ & AA)....
nota kaki bawah sikit pada lutut: korang mesti perasan, gambar uzir banyak dari gambar aku ek....pelik.....
Tak tau la nape, kat melaka ni aku gila update blog....selalunye malas n takde idea nak update...tapi sini laju pulak.....Anyhu....bebalik pada tajuk...semua taukan (kalau tak tau ni nak bagi tau ni ngeh ngeh ngeh...) yang aku outstation... site kali ni Melaka bandar bersejarah (frust gile, datang si DSLR aku rosak). setelah berhempas pulas memenuhi kouta point aku. Bro Uzir pon ingin la melepaskan geram tengok ramai
cover perut tu sikit wok......


Betapa Gembiranye Bro Uzir masa tu tak tekire....ada videonye....(malas upload, nanti kantoikan diri sendiri). lepas tu dah round-round sungai, datang pulok idea cerdiknye kami nak naik A'Famosa pulak...ape lagi kami pon menapak la ke A'Famosa dengan semangat membara untuk menjadi pelancong diMelaka ini....500m jugak la menapak....mike tengok gambor kat A'Famosa la pulok.....
Dah macam tiang posing dia.....
Ya Allah Hemsemnye aku....syukur....

dan Menu aku kali ni Asam Pedas Daging Tetel....nyum nyum....
so dengan ini berakhirlah pengembaraan 2 orang saudagar minyak pengasih orang asli kali ini...dan ini la jugak penutup bagi negeri Melaka Bandaraya Bersejarah....minggu depan...mengadaplah lagi untuk sesi pengembaraan ke negeri or daerah mana belum diketahui...(sebenarnye dah tau...tapi tak nak bagi tau...takut orang kejar....kamikan Artis AZ & AA)....
nota kaki bawah sikit pada lutut: korang mesti perasan, gambar uzir banyak dari gambar aku ek....pelik.....
Saturday, February 18, 2012
Tolong Adik Faris Nur Daniel....
Tolong Saya untuk Tolong Adik Faris Nur Daniel....
'STM' (AKRONIM PALING BERMAKNA KEPADA FARIS)
Tanyalah kepada wanita bergelar ibu,
majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat
anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia
ini.
Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.
Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, dan saya hanya mengenali Adik Faris setelah membaca blog saudara Mazidul Baca entri link di sini.
Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.
Tersentu hati saya ape bila menatap gambar diatas, tak dapat saya bayangkan penderitaan yang dilalui tubuh kecil ini....Faris disahkan mengidap HLH,
penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah
untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.
Dengan ini saya merayu pembaca-pembaca blog ini walau berapa kerat ini menderma, jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail)
Sebaik wang didepositkan ke akaun terbabit, sila tinggalkan komen 'STM', bermaksud 'Saya Telah Menyumbang' untuk rekod saya.
Pesanan ringkas saya kepada Sham, Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia berkemampuan untuk mendepaninya.
Bersabar, berdoa dan berusahalah.
Terima kasih.
Pesanan ringkas saya kepada Sham, Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia berkemampuan untuk mendepaninya.
Bersabar, berdoa dan berusahalah.
Terima kasih.
BANTU SAYA UNTUK MENYEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI KE SELURUH MALAYSIA MELALUI FACEBOOK DAN BLOG.
Dari Blog Bersama Mazidul
Friday, February 17, 2012
Gara-Gara Warung Kita
Salam All....
Semua tahu rasanya aku ni kaki jalan....kaki makan....hari ni dinner kat melaka aku nak try la makan kat Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang diwawarkan dalam rancang warung kita dalam Astro tu....nak gak tau ape yang sedap sangat sampai Pengacara rancangan tu terkinje2 tu....Kedai ni terletak diJalan PM 3, Plaza Mahkota / Mahkota Square, Bandar Hilir...dekat dengan Menara Taming Sari....
Memang tak la aku nafikan makanan-makanan kat sini sedap-sedap, rasa asam, garamnya...Nescafenya memang selera tekak aku la....
Sambal Belacan dia bagi aku memang sedap....lauk yang dihidangkan memang menarik...kedai pon bersih....siap ada tempat makan dalam hawa dingin pulak tu....
ok back to the point....hari ni aku ajok la member aku ini uzir aka uziron admin blog BxRxD makan sini....nak try makan sini pulak...dia on je.....jejak je kaki dalam kedai layout kedai memang menarik dengan suasana...memandangkan aku nak pekena nasi campur simpel-simpel hari ni....aku pon ambik nasik putih + Ayam goreng bahagian peha + Sayur 2 sudu + sambal belacan n air peberet nescafe ais....sekali makanan masuk je mulut pergh....memang mengancam....siap ratah ayam dengan sambal je....datang la anak owner/pekerja ke owner dia aku tak tau...conteng-conteng kat kertas letak tepi pinggan aku...aku pulak jenis tengah makan tak suke tengok harge makanan sebab konon takut hilang selera konon hehehe...lepas je abis makanan aku pon terbalik kertas tu tengok harga....mak!!! mahainye...harge makanan aku 10 hinggit, Nasi rm1, sayur rm1, ayam rm6 & nescafe rm2...huhuhuhu..aku tanya uzir berape dia tunjuk kertas.... rm6.50. nasi putih + lala masak belada + ulam n nescafe...
Restoran Asam Pedas Pokok Besar pun aku makan tak pernah lebih rm7....tu dengan Asam Pedas Pari, kekadang Daging Tetel.... Sayur, Nasi Putih, Telur Dadar & Nescafe Ais or Tarik....
Akhir kata...terkena aku malam ni...buat kata-kata mutiara dari Uzir... 1st and Never Again. dan saranan untuk owner kedai tukar nama "Restoran Asam Pedas Selera Pelancong"
Subscribe to:
Posts (Atom)




















