Wednesday, April 6, 2011

Serabut.....

Salam all...
Sedar tak sedar dah lebih sebulan aku kat borneo ni... Rindu gile nak balik ke bandaraya kesayanganku Kuala Lumpur... Tambah pulak, hidup kat sini tak beduit. Harap belas kasihan orang je...kalau ikutkan perkiraan aku dekat RM5k elaun + claim aku kat sini, tapi dapatnye tah bile...
Dah 2 - 3 kali terlintas kat fikiran aku nak je balik semenanjung. Tp kalau balik company ni leh saman aku sebab kerja tak siap... Tah la...
Esok (sebenarnya hari ni) 06/04/2011 pukul 09:30am, mak sedara aku (mokneh) akan memasuki operation room kat hospital Temerloh. Sebab nak masuk besi. Tulang pinggul dia patah, jatuh kat rumah mak aku di semantan...(hati risau gile) masa cakap dgn dia hari tu sebok dia tanya bile nak balik... Tetiba rasa sebak hati aku siut (dalam hati ada taman gak aku ni...). Tapi takpe la... Aku doakan dari sini je, walaupon hati aku rasa nak balik sana je malam ni....tahan je tau macam mane hati aku sekarang....
Anyway.... Dapat call dari opis kate suruh pi Tawau & Sandakan esok or lusa, dia org masukan RM2k dulu untuk hidup kat sini, maknenye bahagi darab RM500. Tolak duit nak sewa transport tinggal la RM200 untk 1 minggu. Nasib baik hotel kat sana office dah bayar siap2.... Gaji??? Tah bile nak masuk... Orang dah ramai, hari2 minta hutang... Nak bayar mcm mane gaji tak msauk.... Hemmm...
Tah la tunggu abis sini, dapat gaji & elaun aku, aku nak cabut sebab dah dpt offer job lain... Tunggu je la perkembangan aku nanti...
K la guys... Nak layan Inter Milan la...game tengah sedap ni... Chow....

p.s: gambar aku tu... Nampak serabut sangatkan...hemmmm ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.8

No comments: