Thursday, April 7, 2011

Terjun Dengan Labu-labunya...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.

Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.

Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.

"Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya.
petikan dari Blog Putra Merdeka

kenape blog aku jadi blog politik ni....
yang sebenarnye aku amat tertarik nak lemparkan pandangan aku....aku dah naik muak & bosan dengan semua ini... Kerajaan dengan cara dia....Pembangkang, dengan cara pembangkangnye...tambah bosan dengan minyak yang asyik naik... dengan perkataan konpirasi dari pembangkang.... sama2 bodoh sama2 bengong.... berbalik pada kes di atas.... pro2 pembangkang sana sini menjerit kata kerajaan (SPRM) membunuh lagi....ini semua konpirasi.... mari sama2 fikirkan... kalau betul pegawai kastam ni di bunuh siapa yang paling beruntung dalam kejadian ini... fikir2....... tettttttttttt.......tentu pembangkangkan.... sebab kalau kerajaan yang buat takde langsung manafaat pada mereka.... malah rakyat akan lagi sakit hati dengan kerajaan... betul tak.... jadi kes ni aku tak percaya yang dalam ramai2 Pegawai SPRM tu semuanye bodoh....tak logik....dan dalam ramai2 pegawai SPRM tu takde 1 pon sokong pembangkang.....

No comments: