Tuesday, July 19, 2011

Qada' dan Qadar



Bagi Kita umat Islam mempercayai Qada' dan Qadar adalah rukun iman dan wajib setiap kita yang beriman percayainya. Masalahnya ialah beriman bagaimana jika tidak memahami kaedah beriman dengan Qada' dan Qadar dari Tuhan itu. Maka pelbagai kekeliruan bila membandingkan kejadian yang dikatakan telah tetap dengan usaha kita sendiri.

Qada' bermaksud suatu yang telah ditetapkan Allah kepada makhluk ciptaannya. Diciptakan manusia dan Allah tetapkan Akan Kelahirannya, Akan rezekinya, perjalanan untung baik buruknya dan Matinya. Ibarat suatu skrip lakonan yang perlu dilakonkan setiap makhluk ciptaannya.

Sebagai manusia diberinya akal fikiran, diturunkan wakilnya yang menyampaikan ajaran agama jalan yang betul serta pelbagai petunjuk. Seseorang yang menggunakan akalnya melalui ajaran benar, pasti dapat memahami jalan lakonannya. Apakah manusia suka berbuat jahat? Apakah manusia suka kepada kesusahan dan seksaan. Apakah manusia suka pada kesusahan. Manusia tidak sempat hendak buat pilihan untuk berunding dengan tuhan tentang Qada' dan Qadarnya, tiba2 sudah lahir kedunia tanpa tau adanya suatu ketentuan telah tertulis buat dirinya. Apakah ada pilihan bagi seseorang untuk bermohon pada Allah agar skrip kehidupannya diubah? Apa yang boleh diubah dengan usaha dan apa yang tak boleh ubah walau usaha dibuat atau berdoa sampai air mata darah sekalipun Allah tak akan mengubahnya.

No comments: