Thursday, August 11, 2011

"Mengapa tidak masuk Islam?"

dari blog Bersama Marzidul
Sejak berusia 7 tahun saya tinggal berhampiran perkampungan orang asli. Pada awal tahun 70 an, ramai antara mereka bersekolah bersama saya.

Melalui pengamata , hanya segelintir mereka memeluk agama Islam.

Jika pulang ke kampung, saya kerap bertemu dengan anak mereka, kini remaja. Walhal satu ketika dahulu ayah mereka teman saya melastik burung punai dan menangkap ikan tengas di sungai.

Adik lelaki saya juga pernah berkawan dengan remaja orang asli kerana dia gemar bercampur-gaul dengan masyarakat tanpa mengira bangsa dan usia.

"Semasa sekolah dahulu dalam tahun 1995, ada surau di Pos Bersih, Ulu Slim, Slim Village. Sekarang surau itu sudah bertukar menjadi Tadika," katanya sewaktu saya hubungi selepas berbuka tadi.

Untuk rekod, selain Pos Bersih, orang asli juga menetap di Pos Keding dan Pos Tenau.

"Pos Tenau memang jauh, kalau dari pekan Slim Village kena naik four wheel drive, kira-kira 3 jam baru sampai. Itu pun kalau tidak hujan. Kalau hujan berbahaya sebab jalan tanah merah, licin. Dahulu bantuan perubatan ke pos itu dihantar menggunakan helikopter Nuri," tambahnya.

"Baru-baru ini pekerja menghantar generator sumbangan Tenaga Nasional Berhad ke Pos Tenau. Dia masuk menggunakan Hilux, dua jam setengah baru sampai," ujar adik saya.

Saya difahamkan, sehingga ke hari ini tidak ramai orang asli memeluk agama Islam di 3 pos terbabit.

"Mengapa tak masuk Islam?," itu soalan pernah saya utarakan.

Namun respondan saya temubual telah lama meninggal dunia. Mereka seangkatan usia arwah ayah saya.

"Masuk Islam susah"

Itu respon majoriti mereka.

Kakitangan jabatan agama dikatakan hanya berusaha mengislamkan mereka. Sebagai tindakan susulan kelas agama disediakan untuk mereka mendalami pengetahuan berhubung agama terbabit.

Manakala mubaligh Kristian mengambil pendekatan berbeza dan lebih berkesan. Setiap Ahad mereka dilaporkan berkunjung ke gereja kecil di kampung orang asli. Mereka mengambil peluang menjalankan acara keagamaan bersama. Tidak cukup dengan itu, bantuan makanan serta pakaian dihulurkan.

Itu fakta.

Kebanyakkan orang asli di kampung saya bekerja mengikut kesesuaian.

"Kalau getah mahal, dia orang menoreh getah, kalau durian mahal, jual durian. Harga petai naik, dia orang masuk ke hutan mencari petai," jelas adik saya berusia 28 tahun.

Ringkasnya, mereka bukan golongan hidup mewah. Barangkali sebilangan masih lagi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Agama satu perkara, bantuan ekonomi perkara ternyata lebih penting.

Kini orang Melayu juga dilaporkan menerima bantuan ekonomi dari pihak gereja. Contohnya di sini.

Dalam erti kata lain, selain menyebarkan agama Islam, pihak berkuasa perlu melihat kepentingan tindakan susualn menghulurkan bantuan kepada penganut agama syumul itu.

Usahlah kita berkata ...

"Tak kan sebab tiada bantuan ekonomi menyebabkan mereka sanggup menerima bantuan dari gereja"

... kerana kita tidak berada di tempat mereka. Pengetahuan berhubung agama Islam juga tidak sama.

Islam itu syumul, sempurna tetapi sebilangan penganut memiliki kuasa didapati tidak melaksanakan tanggungjawab mereka secara sempurna lalu menimbulkan pelbagai masalah.


pendapat 20sen aku....
apa yang disuarakan oleh saudara marzidul ni betul....kebanyakan kita hanya tahu komen sahaja usaha tiada....cara orang-orang kristian mendekati mereka-mereka ini amat berkesan kenapa pendakwah-pendakwah kita tidak mengikuti cara mereka....ini sebok dgn perdakwah dalam kemah, surau, masjid beraircond selesa....kenapea tidak tiap-tiap minggu turun ke kawasan pendalaman menyebarkan syiar Islam kepada mereka-mereka ini....sesetengah pendakwah pulak tu cukup sekadar mengajar mereka mengucap, ajar tentang halal dan haram dan mengajar Al-Quran....lepas tu tiada tindakan susulan....aku rasa boleh disamakan kalau pendakwah ni membeli kenderaan ajar macam mana nak start enjin, ape yang boleh dan ape yang tak boleh...lepas tu biar kan aje... takde after sale servis....kompem jahanam kenderaan tu nanti....

No comments: