Thursday, September 29, 2011

Macam-macam....


"Kalau ada pistol aku tembak hang"?
JIKA kes ini benar berlaku, saya menganggap polis terbabit, apa jua pangkatnya, bodoh.

Baca kenyataan berikut.

'Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Kenyataan berwarna merah itu boleh mengakibatkan polis terbabit dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, melakukan ugutan jenayah.

JIKA benar kenyataan itu diungkapkan, tindakan polis itu juga tidak bijak.

Bagaimanapun dalam laporan Kosmo! tidak dinyatakan bagaimana suspek mengetahui identiti penyerangnya, polis sedangkan semua didakwa berpakaian preman.

Maklumlah, sekarang ramai individu boleh mendakwa diri mereka polis, tambahan pula gari boleh dibeli.
Cut n Paste dari Blog Bersama Marzidul

Salam All's
Mesti ramai yang terkejut bile baca artikel dari Marzidul tu kan... pecaya atau tidak ia pernah berlaku pada aku 4 tahun dulu....seorang pegawai polis mengeluarkan kata-kata sedemikian pada aku, didepan tunang aku, anak saudara aku dan adik aku....tp berbeza dengan situasi di atas, beliau sempat menumbuk tepat kehidung aku hingga patah....

korang mesti tanyakan kenape aku baik hati sangat tak report polis...sedangkan aku ada Video kejadian tu, ada rakam suara, ada gambar, dan surat pengesahan hidung aku patah akibat ditumbuk....tetapi atas dasar simpati, aku tak report. salah satu sebab dia (polis tu) ada gak kaitan saudara bersebab, tak nak menyusahkan dia sebab dia baru kerja....dan kesiankan kat family dia diBatu Pahat tu...lagi 1 aku rasakan dia tak berfikiran waras masa tu, kalau dia fikir molek-molek dan kenal family lelaki yang meracun otak dia tu....pasti dia berfikir yang ape dia buat tu salah.....

Tapi semuanya kisah lama, aku pon tak jumpe dan tak mau jumpe dia dah....menyusahkan hidup aku saje....cuma bile baca teringat semula semua kejadian pahit malam tu....betape bodohnye dia....

No comments: