Wednesday, November 9, 2011

Bulan Yang Penuh Peristiwa.....

إن عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وإن الله تعالى إذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضا ، ومن سخط فله السخط

Sesungguhnya besarnya ganjaran itu dinilai pada besarnya bala’ yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah itu apabila mencintai sesuatu kaum, maka akan mereka itu diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak maka padanya kemurkaan Allah. [Riwayat al-Tirmidzi, al-Albani menyatakannya sebagai hasan dalam Sahih dan Dha’if Sunan al-Tirmidzi.]


Salam All....
Sebetulnya saat ini aku penat gile...banyak peristiwa yang berlaku....macam-macam....antaranya...
1. Outstation Kerja yang memenatkan
2. Kereta Satria aku hilang diIpoh
3. Demam yang agak teruk
4. Gerak dari Utara tanah air bertemankan Hujan sepanjang jalan


1. Outstation Kerja yang memenatkan
Outstation kali ni benar-benar menguji aku. 5 negeri perlu aku redah dan perlu disiapkan dalam tempoh 1bulan setengah. bermula diSelangor...kemudian ke Perak lepas tu ke Kedah dan akhir sekali ke Perlis....Allah je yang tahu sakit2 badan aku....setiap negeri tepaksa ku redah semua jalan dan lorong...dengan berkereta atau bermotor...tak kira hujan atau panas...perlu di habiskan segera...

2. Kereta aku hilang diIpoh
Setelah Negeri Sembilan siap aku pon bergerak ke Perak....tempat pertama Ipoh. Penat N9 pon belum hilang dah mula Perak...kawasan survey aku pulak kawasan hutan, jauh dari Ipoh...dan setelah 3 hari diIpoh kereta aku hilang pulak....dah terpaksa berulang ke Balai Polis, ke Temerloh, ke Seri Kembangan. ambik geran la, buat report la....macam-macam...sampai kerja aku terpakse partner aku cover....penat tak hilang dah aku kena gerak ke Lumut, menaiki motor

3. Demam yang agak teruk
Selepas siap kerja diPerak, aku dengan partner aku bergerak ke Kedah, Sungai Petani...dalam hujan lebat...sampai diJawi, Penang...motor aku pulak pancit...terpaksa la menolak didalam hujan mencari kedai motor...sampai diSungai Petani, badan aku mula tak sedap...sah demam...2hari demam yang teruk, sehingga meracau macam-macam...tapi dalam demam tu aku gagahi siapkan bahagian aku...sehari aku berjalan 595km, dalam keadaan demam Teruk nasib baik partnet aku faham situasi, kami ambik keputusan sewa kereta...walaupon demam aku gagah gak drive kereta....

4. Gerak dari Utara tanah air bertemankan Hujan sepanjang jalan
Selepas semua kerja siap 02hb 11, kami pon bergerak ke ke Kuala Lumpur semula...satart dari Juru, Penang hujan mula turun mencurah2. Pada mulanya kami stop setiap kali hujan...tapi setelah memikirkan kalau kami asyik berhenti mau tengah malam sampai...so kami redah juga, pada mulanya hujan tidak la lebat....tetapi kemudian turun mencurah-curah...sehinggakan kami mengalami kesukaran melihat jalan...kami berenti rehat di hentian Sungai Perak selama 1/2jam, kemudian kami meneruskan perjalan semula...

Akhirnya kami sampai di rumah pukul 11pm selepas 12jam di atas jalan....

1 comment:

Nas said...

Banyok betul dugaan..sabor aje la...