Friday, December 9, 2011

Budak Gigi Rabbit

Salam All
Gile gempak minah ni....1 posting 1758 komen
onwer blog ni Budak Gigi Rabbit membuatkan aku kagum gile....yer la 1st posting diblog dia dapat 1758 komen....jenuh nak membacanya....
Posting tu kena mengena K-Pop (Korean pop)....(muzik kegilaan ramai remaja sekarang)....mengutuk penyanyi K-Pop...dia sendiri mengakui dengan lantangnye yang dia K-Pop "haters"....seperti yang kita agak kebanyakan komen tu datang dari peminat K-Pop ni....majoritinya remaja....

And setelah mencari info....aku dapat info dari blog Bro Mazidul, blog ini di created oleh individu tidak bertanggungjawab, blog itu menggunakan gambar dan nama gadis berusia 14 tahun, berasal dari Johor, Amira Afiqah.

,


Seperti Bro Mazidul katakan, jika la blog tu milik Amira....kenape dia tak delete je posting tu dari menerima kutukan dan ugutan dari pembaca.....
Dan Pendapat aku pulak, Mungkin juga dia seorang yang tegas dengan pendirian beliau....

Tapi Setelah membaca blog Bro Hazrey (Bapa Saudara kepada Amira) Penulis blog ini mengunakan identiti Amira, dan gambar profile diambil dari Facebook Amira....dan Bro Hazrey juga telah melaporkan kepada pihak polis tentang kewujudan blog ini atas kerana, Ugutan-ugutan yang dilemparkan...jadi biar lah polis menyiasat....

Bagi budak2 K-Pop ni jangan la emo sangat....fikir la kita duduk dalam dunia yang luas...masing-masing punya pendapat sendiri...takkan la sebab seorang benci dengan sesuatu jenis muzik or seseorang artis ni, kita sampai nak berbunuh-bunuh...ugut mengugut....ape artis tu kenal ko ke, ada kena mengena ke sampai ko sanggup masuk pejara bagi pihak dia....fikir-fikirkan selamat beramal




 p.s: Aku dengan bangganye memberitahu yang aku peminat Girl Generation....

2 comments:

Faizal Raidenovich said...

Layan kpop gak sesekali apeadahal ye dak?Skang aku tengah syok layan lelagu T-Ara.Sedap siak!9

Alam Roulan said...

aku lagu/movie/drama aku layan semua...cuma tak bestnye org korea ni dia org tak respek langsung org asia, kalau org eropah ke layan mcm raja...tp tak semua la