Ramai
yang tahu 14hb Febuari ia lah Hari Valentine's
Tapi Berapa ramai yang tahu, 14hb Febuari adalah hari gugurnye seorang pejuang negara demi mempertahankan tanah tumpah darahnya hingga ke titisan darah beliau yang terakhir diBukit Candu, Singapura
Leftenan Adnan bin Saidi...Al-Fatihah....
Tapi Berapa ramai yang tahu, 14hb Febuari adalah hari gugurnye seorang pejuang negara demi mempertahankan tanah tumpah darahnya hingga ke titisan darah beliau yang terakhir diBukit Candu, Singapura
Leftenan Adnan bin Saidi...Al-Fatihah....
Adnan bin Saidi atau lebih dikenali Sebagai Leftenan Adnan Bin Saidi dilahirkan
pada tahun 1915 di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Dia merupakan anak
sulung di keluarganya. Adik-adiknya Ahmad Bin Saidi dan Amarullah Bin Saidi
juga merupakan anggota tentera. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin
Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran
selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk,
ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah
Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor.
Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris.
Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas
menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma
mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan
untuk memasuki tentera. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi
memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia
terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan
– kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937,
Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat
di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu,
Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan
dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus
sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni
'C' . Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan
seorang guru di kampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga anak. Dua
lelaki,Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan.Termuda antara tiga
beradik,bayi perempuannya meninggal sejurus kejatuhan Singapura. Pada akhir
1941, Lt. Adnan pergi ke Singapura dan membawa keluarganya juga dan tinggal di
rumah besar di Pasir Panjang.
Apabila peperangan Perang Dunia yang kedua semakin hampir, dan pihak Jepun
bersedia untuk menyerang ke Singapura, Lt. Adnan menghantar kelurganya ke
kampungnya. Itu yang kali yang terakhir mereka bersama.Adnan membawa 42 platoon
askar dari Regimen Melayu untuk melindungi Singapura daripada Jepun. Mereka berperang
di Pasir Panjang. Askar-askar Lt. Adnan ada sedikit orang tetapi Lt. Adnan
menyuruh mereka untuk berlawan sampai yang terakhir. Selepas Adnan sudah kalah,
askar-askar Jepun menangkapnya dan ikatnya di pokok cherri. Dia ditikam menggunakan
bayonet daripada askar-askar Jepun sampai dia meninggal dunia. Semenjak
kejadian itu, beliau telah diingati oleh orang-orang Singapura dan Malaysia
sebagai pejuang Melayu yang sanggup menggadai nyawa beliau sendiri untuk tanah
tumpah beliau.
Pada zaman sekarang masih wujudkan semangat seperti ini...masih adakah anak melayu yang berani mempertahankan bumi Malaysia ini...beranikah mereka atau sekadar cakap kosong....

0 comments:
Post a Comment