Tuesday, February 28, 2012

The Star Mohon Maaf Siar Gambar Penyanyi Dengan Tatu Kalimah Allah

Erykah Badu

KUALA LUMPUR : The Star hari ini memohon maaf diatas penyiaran gambar seorang penyanyi Amerika yang memakai tatu kalimah Allah di kedua-dua belah dadanya.
Penyanyi berkenaan Erykah Badu dijadual mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.
" Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada pembaca-pembaca Muslim di atas kesilapan ini," petik kenyataan itu menerusi The Star Online.
Gambar Erykah Badu dipaparkan pada halaman 17, bahagian Star2.
Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
Penyanyi R&B, soul dan hip hop ini pada awalnya dijadual mengadakan konsert esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur namun ditunda pada keesokan harinya.

Salam....
Kadang kala aku pelik kat orang surat khabar ni....dah terang-terang dalam gambar tu nampak jelas kalimah Allah, kenape masih disiarkan dalam akhbar dia orang, kerja syarikat akhbar, takkan takde sorang pon dalam tu perasan...nak kata bodoh masing-masing belajar tinggi....tak faham la dengan syarikat akhbar ni....



Alangkah indah jika setiap saat dan waktu, hati kita sentiasa merasa gembira.  Fikiran kita tenang dan tenteram.  Tetaepi kita tak berdaya untuk semua itu... kerana ia ialah kurnia tuhan di SYURGA ABADI.





No comments: