Saturday, February 18, 2012

Tolong Adik Faris Nur Daniel....

 Tolong Saya untuk Tolong Adik Faris Nur Daniel....

 

'STM' (AKRONIM PALING BERMAKNA KEPADA FARIS)

Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini.

Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.

Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, dan saya hanya mengenali Adik Faris setelah membaca blog saudara Mazidul Baca entri link di sini
Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.


Tersentu hati saya ape bila menatap gambar diatas, tak dapat saya bayangkan penderitaan yang dilalui tubuh kecil ini....Faris disahkan mengidap HLH, penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.


Surat ditandatangani oleh Dr. Chan Lee Lee di atas diemelkan Sham kepada saya.


Dengan ini saya merayu pembaca-pembaca blog ini walau berapa kerat ini menderma, jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail)

Sebaik wang didepositkan ke akaun terbabit, sila tinggalkan komen 'STM', bermaksud 'Saya Telah Menyumbang' untuk rekod saya.

Pesanan ringkas saya kepada Sham, Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia berkemampuan untuk mendepaninya.

Bersabar, berdoa dan berusahalah.
Terima kasih.

Semoga Allah membalas jasa kalian bermurah hati.


BANTU SAYA UNTUK MENYEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI KE SELURUH MALAYSIA MELALUI FACEBOOK DAN BLOG.
Dari Blog Bersama Mazidul

No comments: