Thursday, March 1, 2012

Bayi Plaster Mulut & Dibendong Di Taska Di Johor



Salam
Pelik aku macam ni...apa jenis manusia sanggup buat baby macam ni...aku rasa ni semua jenis mengejar keuntungan semata-mata....takde perasaan ikhlas dalam diri dan takde perasaan keperi manusiaan....kalau la berlaku pada anak aku sendiri tak tahu la....
Bila aku tengok video ni, rasa sebak datang...sanggup mereka rosakkan amanah yang ibu bapa baby serahkan pada mereka....
Aku harap tindakan tegas dikenakan pada mereka, bukan untuk pengajaran pada mereka sahaja, malah pada semua pusat asuhan, supaya tiada lagi kes macam ni terjadi....

Your Future Depends on your Dreams
So go to sleep.....




Update

Penjaga Pusat Asuhan diJohor ditangkap



JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.


1 comment:

Faizal Raidenovich said...

Bedong je si pengasuh tu bagi depa rasa pulak,hehe!