Friday, April 6, 2012

Antara Guru Agama, Ustaz dan Ulamak...

Salam guys....

yang sebenarnye 1minggu ni aku demam teruk, pi klinik doktor suruh aku pi Hospital check darah takut denggi, tapi aku macam biasa....abaikan aje hihihi....
sebenarnye bukan itu yang nak aku ceta, tapi kisah Ustaz/Guru Agama aku tertarik dengan 1 penulisan blog ni dari azhar Abdullah. so kekawan meh baca aku petik sebijik-sebijik dari blog dia malas punye pasal. lagi bagus kalau lawat sekali blog dia....

Antara ketiga-tiga istilah yang aku sebut kat tajuk entri ni, ada beza tak?
Mungkin ada orang yang akan jawab ada beza dan mungkin akan ada yang kata sama ja semua tu...


Ok, jom kita tengok pengertian setiap satu tu berdasarkan semantik.


1. Guru Agama.
Paduan dua perkataan 'Guru' dan 'Agama'. Guru ialah pendidik, orang yang bertanggungjawab mengajar dan memberi pelajaran. 'Agama' pula ialah suatu dogma atau anutan yang diteraskan oleh akidah atau kepercayaan terhadap anutan tersebut. Sebagai contoh, agama Islam, ialah kepercayaan dan akidah berteraskan keimanan kepada Allah dan Rasulullah S.A.W, dan diikuti dengan amalan lain di dalam Islam. Agama Kristian pula, teras kepercayaan kepada Trinity iaitu 3 perkara yang membentuk Tuhan yang satu, iaitu, God, Holy Spirit dan Jesus Christ.


Jadi istilah 'Guru Agama' ialah orang yang bertanggungjawab memberikan didkan di dalam bidang agama masing-masing. Di dalam konteks kita di Malaysia, guru agama ialah orang yang memberikan didikan pan pelajaran berkaitan agama Islam.


Jadi, setiap guru agama mestilah mematuhi tuntutan perkara pertama dalam paduan dua perkataan itu, iaitu guru. Mesti bertujuan mendidik dan mengajar. Kemudian baru lah memenuhi perkara kedua iaitu ajaran agama, Islam. Kalau dia mengajar perkara yang menyeleweng dari tuntutan agama, maka dia bukan guru agama tetapi guru sesat.


Antara aspek pendidikan yang utama ialah tatacara mendidik mestilah bertujuan baik dan berkaedah mulia. Takkan kita nak panggil orang tu guru kalau di dalam pengajarannya asyik memaki hamun atau menggunakan ayat kesat. "Bodo", "bangang", "tak gheti bahasa" dan macam-macam ayat lain bukanlah contoh perkataan yang kita nak dengar dari seorang guru, apath lagi guru agama...kan. 


Bayangkan anak kita balik sekolah, dia asyik maki hamun...cakap dengan mak ayah pun asyik guna "Bodo betui la"...atau "Gila babi nih"...kita mesti marah, kan. So kita tanya dia siapa ajar, dia jawab cikgu kat sekolah kata macam tu. Kita marah tak?Kita rasa macam nak pergi jumpa cikgu tak nak sound?
So macam tu jugak la guru agama.


2. Ustaz
Perkataan Bahasa Arab, bermaksud Professor. Al-Ustaz ialah Professor. Al-Ustaz Al-Musyarik ialah Associate Professor.


Aku pernah panggil pensyarah subjek Hadis aku kat universiti dulu dengan "Ustaz". Dia sound : "Saya belum dapat lagi gelaran Professor, jangan bagi saya gelaran yang saya tidak layak".


Walhal dia punya tahap hafazan Hadis dan pengetahuan agama Islamnya jauh melampaui the-so-called Ustaz(s) yang ada kat negara kita ni.


Kat Malaysia ni asal jadi Guru Agama ja semua kita sebat Ustaz, kan. 
Asal boleh pegang microfon dan bagi ucapan dengan salam panjang lebih sikit dari orang dan quote ayat Quran atau Hadis sepotong ja dah dapat gelaran Ustaz.
Asal boleh ceramah sambil menuding jari orang itu salah, orang itu bodoh, orang itu tak reti bahasa, orang itu tak faham apa...dah jadi Ustaz...


Agaknya kalau pensyarah aku tu tadi datang Malaysia dan hadir kuliah-kuliah kita, atau bukak Youtube tengok kuliah 'ustaz-ustaz' kita, dia sure terperanjat..."aih, muda belia dan jadi professor...ramainya professor kat negara depa nih..."..hehe..


Itu belum masuk berapa ramai "Ustaz-click-share-button".....


3. Ulamak
Ini paling grand la. Plural dari singular-nya 'Alim ('ain-lam-ya-mim), yang bermaksud orang yang berilmu.
Not restricted to ilmu agama ok.Sorang kita panggil 'Alim, ramai kita panggil 'Ulamak.


Kalau kat Malaysia, sebut 'alim atau 'ulamak, maka mesti kita ingat serban dia besar, dengan jubah dia, janggut dia dan fasih ilmu agama.


Tak caya?
Try Google Translate perkataan Pakar Sains...apa yang korang dapat...buat la sekarang, dari Malay ke Arabic

Amacam?

Tapi kita hari ni, asal jadi ustaz je kita dah label sebagai ulamak.
Siap ada persatuan ulamak yang boleh kita bayar yuran dan jadi ahli.
Who are we to determine we are ulamak agama?
Are we totally qualified to be called ulamak agama?

Adakah setiap ustaz yang berceramah atas pentas, tak kira pentas politik atau kuliah agama kecik boleh menjadi seorang ulamak?

Adakah ustaz pesbuk atau ustaz youtube boleh mendaftar menjadi ahli persatuan ulamak?


Untuk menjadi seorang mujtahid di dalam bidangnya, Imam Syafie merantau serata dunia, menjelajah pelusuk benua mencari asal-usul hadis dan sesuatu hukum. Adakah memadai untuk kita bergelar seorang ustaz atau ulamak hanya dengan menggunakan klik di hujung jari mencari maklumat menggunakan internet yang ada? Memadaikah untuk kita menghukum sesuatu perkara berdasarkan satu video youtube atau satu 'share' di pesbuk?Alangkan Imam Syafie yang hebat tu pun bagitau 
Seandainya kamu menjumpai suatu hadis sahih yang bercanggahan dengan mazhabku, maka mazhabku ialah hadis sahih tersebut 
Nak buat macam mana dah jadi satu perkara turun temurun di dalam masyarakat kita, semua yang belajar agama tu kita panggil ustaz.
Kalau di Mesir, pelajar Malaysia kita yang sambung belajar kat sana, the day you step your feet kat airport sampai nak belajar tu, belum lagi daftar kat universiti, dah diorang sesama diorang panggil ustaz dan ustazah.
"Ustaz, ana nak tanya, ustaz nak ikut tak pergi rumah ustaz Mat dan ustazah Peah?ustaz Yob dah janji nak naik kereta Ustaz Pie sekali dengan Ustaz Din.Kalau Ustazah nak ikut sekali boleh tak?"


Ko tak pening dengar ayat tu? Bahasa Arab pun gagap ada hati nak sebut ustaz (maaf aku terus terang ya).


So itu lah dia...aku tak pernah gemar orang panggil aku ustaz..sebab akan ada gap (jurang) antara aku dan orang yang aku sembang tu. 


Biarlah kita jadi seperti Hassan Al-Banna. Jarang sangat kita dengar orang sebut dia Ustaz Hassan Al-Banna, tetapi setiap hari di dalam bas menuju tempat kerja beliau, dia boleh dakwah ramai orang mengajak kembali ke jalan Islam yang benar. Dia main bola sama dengan orang lain, dia pergi kedai beli barang sama dengan orang lain, tanpa ada jurang pemisah.


Just like we never heard of people sebut "Haji Rasulullah".

Read more: http://azharshafie.blogspot.com/2012/04/antara-guru-agama-ustaz-dan-ulamak.html#ixzz1rG5NAKet

No comments: