Thursday, June 7, 2012

My New Toy....

Salam....
Dah lama sangat aku tak menaip kat sini....sebulan lebih jugak la. bukan ape faktor Keje, Kesihatan dan keluargaan membuatkan aku tak kesempetan nak menaip kat ni.....
ok. berbalik pada tajuk kat atas selepas Nikon D3100, Canon A2200 dan Xperia Mini Pro satu lagi toy baru aku beli. Lenovo Ideapad A1 Tablet.....
Ramai tanya kenape aku beli Lenovo. alang-alang baik aku terus angkat Ipad ke...Galaxsy Tab ke. tapi bai aku nak pakai benda tu biar ikut kemampuan. pepatah orang tua-tua. cuba baju dibadan sendiri....
Terdapat dalam dua warna menarik hitam dan putih....aku ambik warne putih....dah banyak sangat toy aku kaler hitam hihihi...peranti tujuh inci ini memang sangat mudah alih dan bersedia untuk dibawa mane tak perlu dah aku memikut Laptop kalau bercuti. Ia hanya mempunyai ketebalan 11.95mm dan seringan 0.4kg, IdeaPad Tablet A1 datang dengan apps yang lengkap termasuk pra-muatan aplikasi dari Doc To Go, Adobe, eBuddy, Flash, mSpot dan lain-lain.
IdeaPad Tablet A1 membolehkan pengguna untuk menikmati video dan filem kegemaran mereka dalam kejelasan resolusi skrin LED 1024 x 600. Dengan kamera depan bersepadu (1.3megapiksel) dan belakang (3.0megapiksel), aku boleh merakam detik-detik hidup dalam gambar pegun atau video, atau “bersemuka” dengan rakan-rakan dan keluarga dengan program VoIP Skype dan lain-lain yang popular.
Ia mempunyai fungsi offline navigasi GPS yang membolehkan pengguna untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan membolehkan sambungan terus ke satelit tanpa perlu sambungan internet.
Rekaannya diselaputi aloi magnesium untuk melindungi cakera keras dan sistem komponen lain, iaitu perlindungan optimum di mana pengguna boleh merasa yakin bahawa data mereka dilindungi.
Harganya pun memang murah, hanya RM799 untuk storan 16GB dengan RAM 512MB dan bateri bertahan hingga 8 jam bergantung kepada penggunaan.

No comments: