Wednesday, December 12, 2012

Gembira & Sedih....

Salam....
Lama betul aku tak update blog aku ni... dah naik bersawang....untuk pengetahuan reader aku semua...cewah...macam ramai...pada hal berape kerat je hahahaha...macam-macam peristiwa terjadi dalam tempoh beberape bulan ni, ada suka, ada duka...antaranya

23.08.12....Anak Saudara aku Ayuni telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan beliau yang berasal dari Kedah, dan majlis diadakan di Jerantut, Pahang.

Sebahagian Dari Anak Saudara aku
16.10.12...Raya Haji, kali pertama aku merayakan perayaan diKota Tinggi. Kampung isteri aku Puan Wawa....dah berapa tahun tak menjejakkan kaki ke kampung Puan Wawa....kalau korang baca dari mula blog ni mesti korang dapat agak kenape aku dan Puan Wawa tak balik...

Menara Jam Bandar Kota Tinggi
05.11.12....Aku n Puan Wawa bukan lagi duduk diTaman Sri Semantan. ini kerana rumah Kami diPinggiran Temerloh Damai Dah Pun Boleh diduduki. Puan Wawa punya la gembira nak duduk rumah sendiri sampai tak sempat nak pasang Grill yang sampai kehari ni baru 40% siap. nasib baik Rel langsir dah siap...kalau tak macam rumah bogel hihihi

Puan Wawa bagi nama Teratak Zihan



12.11.12....Mak saudara aku, yang aku sayang, yang aku cinta, yang menjaga, memelihara aku dari aku kecik, sampai aku kawen telah pun meninggalkan kami. Beliau meninggal atas sebab Komplikasi jantung dan buah pinggang, beliau meninggal diHospital Sultan Haji Ahmad Shah, pukul 12.30am dan hari ni Genap Sebulan dia meninggalkan aku.....

Saudah Binti Mat Yassin. Al-fatihah
setakat ni la abang becerita ya adik-adik...lain kali abang akan cerita lagi, ni sebab abang nak tidor esok nak kerjakan hihihihi
good night all...and may Allah bless you life, today, tomorrow and ever after...

No comments: