Wednesday, February 29, 2012

Wordless #9


Tuesday, February 28, 2012

The Star Mohon Maaf Siar Gambar Penyanyi Dengan Tatu Kalimah Allah

Erykah Badu

KUALA LUMPUR : The Star hari ini memohon maaf diatas penyiaran gambar seorang penyanyi Amerika yang memakai tatu kalimah Allah di kedua-dua belah dadanya.
Penyanyi berkenaan Erykah Badu dijadual mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.
" Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada pembaca-pembaca Muslim di atas kesilapan ini," petik kenyataan itu menerusi The Star Online.
Gambar Erykah Badu dipaparkan pada halaman 17, bahagian Star2.
Selain dua tatu kalimah Allah, simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
Penyanyi R&B, soul dan hip hop ini pada awalnya dijadual mengadakan konsert esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur namun ditunda pada keesokan harinya.

Salam....
Kadang kala aku pelik kat orang surat khabar ni....dah terang-terang dalam gambar tu nampak jelas kalimah Allah, kenape masih disiarkan dalam akhbar dia orang, kerja syarikat akhbar, takkan takde sorang pon dalam tu perasan...nak kata bodoh masing-masing belajar tinggi....tak faham la dengan syarikat akhbar ni....



Alangkah indah jika setiap saat dan waktu, hati kita sentiasa merasa gembira.  Fikiran kita tenang dan tenteram.  Tetaepi kita tak berdaya untuk semua itu... kerana ia ialah kurnia tuhan di SYURGA ABADI.





Monday, February 27, 2012

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Kerja Yang Tak abis-abis....

Salam....
Minggu ni aku ada kat Johor Bahru. Site aku kat sini.....dan minggu ni minggu last...Rabu ni aku dah naik semula ke KL, bandaraya kesayangan aku....
Teman Rapat Sewaktu Outstation
Yang sebenarnye aku dah penat Outstation ni... buat kata Bro Uzir....umur dah masuk 3 siries ni sakit-sakit badan. untuk yang tak tau lagi aku kerja berkhidmat untuk masyarakat buat kata kawan aku sorang ni. kerja Mapping ni orang ramai yang ingat syok....mula la ramai je cakap best dia dapat jejalan....best dapat dok hotel hari-hari. fyi, aku jejalan bukan jejalan saja....bekerja tau, kalau tempat tu cantik macam mana pon tak sempat der nak tgk permandangan pon. sebab mata asik melilau cari signbord, dok hotel pon bukan Holiday Inn ke Regency Hotel ke....duk Hotel Ayam tau (Hotel Ayam ni ada panggil hotel checkin, hotel takde bintang).

cuba korang bayangkan, satu hari 120kmj berjalan. nak mencukupkan kouta data POI harian (POI=Point of Interest), pernah kouta 1 hari 150, nak dapatkan 70 pon sakit....kalau aku keluar bekerja Garmin 60cx dan Trimble Juno SB kena bawak....kalau tak macam mana nak colect datakan Garmin tu hanya untuk Guide, untuk Mapping, budak-budak mapping memang kata hampeh, cuma ada mapper wannabe kata hebat sangat, sanggup beli sebab nak wat map sendiri....

Garmin 60Cx & Trimble Juno SB  
Tak sangka aku dah 12 tahun aku terlibat dalam bidang ni...(dah kire otai kot)....dari guna alat yang maha primitif sampai lah yang maha canggih...semua dah merasa....dari pikol pole sampai la pikol orang jenuh dah merasa...ada kekawan aku tanya tak jemu ke merantau je....jujurnye aku berkata...yes, tapi apekan daya, nak cari kerja pilot aku tak reti bawak kapal terbang....main layang-layang pon selalu crash....

Paling jenuh semenjak aku kerja tempat baru ni...tak sampai setahun 1 malaysia aku pusing, ada naik kereta, ada naik motor....dengan motor tu yang jenuh tu, bontot rasa macam hak milik orang lain dah, dengan saiz aku yang comel ni senak der....

  
ni On D Way Up Cameron dari Gua Musang
Tapi tempat baru ni la rezeki aku bertambah, dengan ramai request buat partime, n senang aku nak buat partime. dapat gak aku DSLR aku, Compact Camera, kereta tambah sebijik lagi....syukur alhamdullilah....

ok la guy....cukup la aku merepek untuk hari ni....nanti aku merepek lagi...untuk tukang skodeng tu...aku dah letak shoutbox tu...jerit la....bagi yang murah hati tu click la kat add tu tambah lagi rezeki aku...
chow....


Suatu kebaikan ialah bila ilmumu banyak, sabarmu besar, dan kamu bersaing
dalam beribadah.
     














Wednesday, February 22, 2012

Wordless #8

Just look at those glassy eye, and he touch your heart

Tuesday, February 21, 2012

Rayuan Saya Bantu insan kecil ini....Faris....

FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL HOSPITAL HAMPIR MENCECAH RM100,000)

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Di atas adalah komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

Tak sangka ayat-ayat di atas mampu membuatkan aku sedih dan sebak.....tak tahulah macam mana kalau aku didalam situasi macam ni....baru ku tahu macam mana keadaan family aku bila doktor memberi berita buruk yang anak mereka mengalami masalah Jantung 34 tahun yang lalu...

Berikut gambar pertama dihantar kepada saya.
"Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala," ujar Sham kepada saudara mazidul.




'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya"


Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'


"Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit.

Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.


Sewaktu mula mengetahui kisah derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan oleh Sham dan isteri, RM75,000.

Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68.

Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit.


Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.

Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.

Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.


Mewakili  keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.


sumber dari blog, Bersama Mazidul

Monday, February 20, 2012

BerKerja Sambil Bercuti

Salam guys...
Tak tau la nape, kat melaka ni aku gila update blog....selalunye malas n takde idea nak update...tapi sini laju pulak.....Anyhu....bebalik pada tajuk...semua taukan (kalau tak tau ni nak bagi tau ni ngeh ngeh ngeh...) yang aku outstation... site kali ni Melaka bandar bersejarah (frust gile, datang si DSLR aku rosak). setelah berhempas pulas memenuhi kouta point aku. Bro Uzir pon ingin la melepaskan geram tengok ramai pelacur pelancong bermaharajalela disini....so kami pon mengambil keputusan untuk menjadi pelancong pula....keputusan pertama kite orang nak naik Melaka River Cruise...bak kata Bro Uzir "Awok geram je tengok mike naik bot tu...awok pon nok jugok...." so, berbekalkan RM10 sorang kami pon menaiki le River Cruise yang Bro Uzir idam-idamkan...mike tengok je le gambor ek...

 cover perut tu sikit wok......











 Betapa Gembiranye Bro Uzir masa tu tak tekire....ada videonye....(malas upload, nanti kantoikan diri sendiri). lepas tu dah round-round sungai, datang pulok idea cerdiknye kami nak naik A'Famosa pulak...ape lagi kami pon menapak la ke A'Famosa dengan semangat membara untuk menjadi pelancong diMelaka ini....500m jugak la menapak....mike tengok gambor kat A'Famosa la pulok.....



 Dah macam tiang posing dia.....


Ya Allah Hemsemnye aku....syukur....

Lepas tu...kami berehat sekejap kat Dataran Pahlawan....kate bro Uzir...ambik hawa dingin sikit...(tau mike bepeluh-peluh menapak) kat Dataran Pahlawan ni lupe pulak nak ngambil gambornye....last kami balik ke hotel, Hotel Sri Pelangi...(dah adegan promote pulak dah) start motor untuk dinner...kat mane la lagi kalo tak restoran kegemaran dia....Asam Pedas Pokok Besar...kalau bole hari-hari dia nak kesini....














dan Menu aku kali ni Asam Pedas Daging Tetel....nyum nyum....
so dengan ini berakhirlah pengembaraan 2 orang saudagar minyak pengasih orang asli kali ini...dan ini la jugak penutup bagi negeri Melaka Bandaraya Bersejarah....minggu depan...mengadaplah lagi untuk sesi pengembaraan ke negeri or daerah mana belum diketahui...(sebenarnye dah tau...tapi tak nak bagi tau...takut orang kejar....kamikan Artis AZ & AA)....

nota kaki bawah sikit pada lutut: korang mesti perasan, gambar uzir banyak dari gambar aku ek....pelik.....

Saturday, February 18, 2012

Tolong Adik Faris Nur Daniel....

 Tolong Saya untuk Tolong Adik Faris Nur Daniel....

 

'STM' (AKRONIM PALING BERMAKNA KEPADA FARIS)

Tanyalah kepada wanita bergelar ibu, majoriti mereka sanggup menggantikan nyawa sendiri demi untuk melihat anak dilahirkan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain di dunia ini.

Hati ibu dan ayah pastinya berasa hiba jika terpaksa melihat anak mereka cintai terlantar menanggung derita.

Saya tidak mengenali ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, dan saya hanya mengenali Adik Faris setelah membaca blog saudara Mazidul Baca entri link di sini
Saya percaya gambar sama membuatkan banyak hati tersentuh selagi kita semua bergelar manusia.


Tersentu hati saya ape bila menatap gambar diatas, tak dapat saya bayangkan penderitaan yang dilalui tubuh kecil ini....Faris disahkan mengidap HLH, penyakit dilaporkan mampu mengancam nyawanya. Sila klik surat di bawah untuk mengetahui duka sedang dilalui Faris dan keluarga.


Surat ditandatangani oleh Dr. Chan Lee Lee di atas diemelkan Sham kepada saya.


Dengan ini saya merayu pembaca-pembaca blog ini walau berapa kerat ini menderma, jumlah sumbangan bukan persoalan utama. Hulurkan RM1, RM2, RM5 atau berapa sahaja jumlah termampu bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga Faris. Untuk rekod, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank milik ayah Faris 1628-5200-2738 (Shamrulismawi Ismail)

Sebaik wang didepositkan ke akaun terbabit, sila tinggalkan komen 'STM', bermaksud 'Saya Telah Menyumbang' untuk rekod saya.

Pesanan ringkas saya kepada Sham, Allah hanya menurunkan cabaran kepada manusia berkemampuan untuk mendepaninya.

Bersabar, berdoa dan berusahalah.
Terima kasih.

Semoga Allah membalas jasa kalian bermurah hati.


BANTU SAYA UNTUK MENYEBARKAN KANDUNGAN ENTRI INI KE SELURUH MALAYSIA MELALUI FACEBOOK DAN BLOG.
Dari Blog Bersama Mazidul

Friday, February 17, 2012

Gara-Gara Warung Kita

Salam All....
  Semua tahu rasanya aku ni kaki jalan....kaki makan....hari ni dinner kat melaka aku nak try la makan kat Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang diwawarkan dalam rancang warung kita dalam Astro tu....nak gak tau ape yang sedap sangat sampai Pengacara rancangan tu terkinje2 tu....Kedai ni terletak diJalan PM 3, Plaza Mahkota / Mahkota Square, Bandar Hilir...dekat dengan Menara Taming Sari....


Memang tak la aku nafikan makanan-makanan kat sini sedap-sedap, rasa asam, garamnya...Nescafenya memang selera tekak aku la....


Sambal Belacan dia bagi aku memang sedap....lauk yang dihidangkan memang menarik...kedai pon bersih....siap ada tempat makan dalam hawa dingin pulak tu....



ok back to the point....hari ni aku ajok la member aku ini uzir aka uziron admin blog BxRxD makan sini....nak try makan sini pulak...dia on je.....jejak je kaki dalam kedai  layout kedai memang menarik dengan suasana...memandangkan aku nak pekena nasi campur simpel-simpel hari ni....aku pon ambik nasik putih + Ayam goreng bahagian peha + Sayur 2 sudu + sambal belacan n air peberet nescafe ais....sekali makanan masuk je mulut pergh....memang mengancam....siap ratah ayam dengan sambal je....datang la anak owner/pekerja ke owner dia aku tak tau...conteng-conteng kat kertas letak tepi pinggan aku...aku pulak jenis tengah makan tak suke tengok harge makanan sebab konon takut hilang selera konon hehehe...lepas je abis makanan aku pon terbalik kertas tu tengok harga....mak!!! mahainye...harge makanan aku 10 hinggit, Nasi rm1, sayur rm1, ayam rm6 & nescafe rm2...huhuhuhu..aku tanya uzir berape dia tunjuk kertas.... rm6.50. nasi putih + lala masak belada + ulam n nescafe...


Restoran Asam Pedas Pokok Besar pun aku makan tak pernah lebih rm7....tu dengan Asam Pedas Pari, kekadang Daging Tetel.... Sayur, Nasi Putih, Telur Dadar & Nescafe Ais or Tarik....

Akhir kata...terkena aku malam ni...buat kata-kata mutiara dari Uzir... 1st and Never Again. dan saranan untuk owner kedai tukar nama "Restoran Asam Pedas Selera Pelancong"

Wednesday, February 15, 2012

Wordless #7


Tuesday, February 14, 2012

Leftenan Adnan Bin Saidi

Ramai yang tahu 14hb Febuari ia lah Hari Valentine's
Tapi Berapa ramai yang tahu, 14hb Febuari adalah hari gugurnye seorang pejuang negara demi mempertahankan tanah tumpah darahnya hingga ke titisan darah beliau yang terakhir diBukit Candu, Singapura
Leftenan Adnan bin Saidi...Al-Fatihah....
    
  Adnan bin Saidi atau lebih dikenali Sebagai Leftenan Adnan Bin Saidi dilahirkan pada tahun 1915 di Kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Dia merupakan anak sulung di keluarganya. Adik-adiknya Ahmad Bin Saidi dan Amarullah Bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Adik-adiknya, Ahmad bin Saidi dan Amarullah bin Saidi juga merupakan anggota tentera. Ahmad Saidi terbunuh dalam pertempuran selepas dia memasuki angkatan laut pada tahun 1939. Kapalnya, HMS Pelanduk, ditenggelamkan oleh Jepun dalam pelayaran ke Australia. Adiknya yang termuda Amarullah Saidi terselamat dari peperangan dan sekarang bersara dan menetap di Kajang, Selangor. Adnan Saidi menerima pendidikan di Pekan Sungai Ramal dalam aliran Inggeris. Dia merupakan pelajar yang rajin dan berjaya dalam pengajiannya. Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru pelatih dan mengajar (alma mater) selama lebih satu tahun. Adnan Saidi kemudiannya mengambil keputusan untuk memasuki tentera. Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Adnan Saidi memasuki Rejimen Askar Melayu (Malay Regiment). Setahun kemudian, dia terpilih sebagai rekrut terbaik. Pada tahun 1936, Adnan dilantik ke pangkat Sarjan – kenaikan pangkat yang pantas bagi seorang tentera muda. Pada tahun 1937, Adnan Saidi terpilih untuk mewakili platunnya dalam perbarisan memberi hormat di London bagi menyambut pertabalan Raja George VI. Tidak lama selepas itu, Adnan Saidi sekali lagi dinaikkan pangkat kepada Kompeni-Sarjan-Major dan dihantar ke Singapura untuk kursus latihan pegawai. Setelah menamatkan kursus sebagai Leftenan Muda, Adnan Saidi dilantik sebagai ketua Platun ke-7, Kompeni 'C' . Sekembalinya Lt. Adnan Saidi daripada London, dia berkahwin dengan seorang guru di kampungnya, Puan Sophia Pakih Muda dan mendapat tiga anak. Dua lelaki,Mokhtar dan Zainudin dan seorang anak perempuan.Termuda antara tiga beradik,bayi perempuannya meninggal sejurus kejatuhan Singapura. Pada akhir 1941, Lt. Adnan pergi ke Singapura dan membawa keluarganya juga dan tinggal di rumah besar di Pasir Panjang.
   Apabila peperangan Perang Dunia yang kedua semakin hampir, dan pihak Jepun bersedia untuk menyerang ke Singapura, Lt. Adnan menghantar kelurganya ke kampungnya. Itu yang kali yang terakhir mereka bersama.Adnan membawa 42 platoon askar dari Regimen Melayu untuk melindungi Singapura daripada Jepun. Mereka berperang di Pasir Panjang. Askar-askar Lt. Adnan ada sedikit orang tetapi Lt. Adnan menyuruh mereka untuk berlawan sampai yang terakhir. Selepas Adnan sudah kalah, askar-askar Jepun menangkapnya dan ikatnya di pokok cherri. Dia ditikam menggunakan bayonet daripada askar-askar Jepun sampai dia meninggal dunia. Semenjak kejadian itu, beliau telah diingati oleh orang-orang Singapura dan Malaysia sebagai pejuang Melayu yang sanggup menggadai nyawa beliau sendiri untuk tanah tumpah beliau.

Pada zaman sekarang masih wujudkan semangat seperti ini...masih adakah anak melayu yang berani mempertahankan bumi Malaysia ini...beranikah mereka atau sekadar cakap kosong....