Tuesday, December 7, 2010

Cepatnya 2010 Lalu....


Salam Guyz & Gals...
Lama betul tak menjenguk ke lama blog aku ni....berita terkini aku dah behenti dari Navi... jangan kata kawan-kawan bos aku pon terkejut huhuhu.... mula2 dia tak kasi berenti.... tapi aku nak juga....ni gambar2 jamuaan Hari Raya budak-budak opis...



Tapi sekarang timbul 1 dilema... aku dapat tawaran untuk kerja di UAE, dari Syarikat Menard. Sebagai Cone Penetrometer Tester, hujung Bulan ni pergi.... hati sebenarnya berat untuk pergi.... sebab 3 tahun disana keluarga pon tak mengalakan untuk pergi.... tah la.... berat hati untuk pergi...

Kerja senang je... tapi work hours dia 10 jam... macam mane tu.... adoi.... aku betul-betul dalam dilema nih....

Wednesday, October 13, 2010

Antara Akhlak Yang Harus Dimiliki Muslim dan Muslimah

Definasi Akhlak :
Dalam bahasa melayu, akhlak atau budi pekerti bermaksud kebiasaan atau watak. Secara terminologi, akhlak membawa maksud kebiasaan, tabiat, atau watak di dalam diri yang menjadi sumber terjadinya perbuatan.

salah satu Akhlak yang harus ada dalam jiwa Muslimin atau muslimat iyalah,

Tidak menyakiti orang lain.
“Orang Muslim adalah orang yang orang-orang Muslim lainnya selamat dari (keusilan) lidah dan tangannya. Dan orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah atas dirinya” H.R. Al-Bukhari dari Abdullah bin Amru.

Hadis tersebut menyatakan bahwa Muslim terbaik adalah Muslim yang menunaikan hak-hak kaum Muslimim lainnya dalam menjalankan hak-hak Allah, artinya orang Muslim harus mencegah diri dari menyakiti orang lain. Penyebutan lidah dan tangan adalah manifestasi cara menyakiti orang lain, baik secara verbal maupun fisik.

Menjaga mulut,
Lidah kelak menjadi cambuk siksaan di hari kiamat. Menjaga lidah adalah jalan menuju keselamatan. Semakin banyak berbicara akan semakin banyak tersilap. Oleh karena itu, berpikirlah sebelum berbicara dan jangan berbohong, berkata kasar, ghibah, mengejek,

Santun berbicara.
“Sesungguhnya seseorang mengatakan satu patah kata yang ia pandang tidak ada masalah. Padahal, sepatah kata itu menyebabkan ia harus mendekam di neraka selama tujuh puluh tahun.” (H.R. At-Tirmidzi dari Abu Hurairah r.a)

Kesantunan berbicara dimanifestasikan dalam tiga hal :
Berbicara pelan jangan mengeraskan suara, karena hal itu tidak sopan dan menyakitkan. Lelaki yang bersuara keras menunjukkan ia belum terdidik sempurna dan masih memerlukan mengkaji panjang tentang dirinya sendiri.
Memperhatikan pembicaraan lawan bicara dan tidak menjatuhkan harga dirinya hal ini dapat dicapai dengan tersenyum, berbicara sesuatu yang menjadi perhatian/kesenangan lawan bicara, dan semak cara lawan bicara dengan penuh perhatian.
Tidak memotong pembicaraan

Jangan berbohong.
“Tidak beriman seorang hamba dengan keimanan yang sepenuhnya sampai ia meninggalkan bohong meski dalam bergurau dan meninggalkan perdebatan meskipun dalam pihak benar” (H.R. Ahmad dari Abu Hurairah r.a. )

Iman dan kebohongan tidak boleh bersatu dalam hati seorang mukmin. Kebohongan akan mengarah kepada kemunafikan. Keduanya seperti dua sisi mata uang yang bersisian. Tidak ada yang bernama bohong putih atau bohong hitam, kebohongan kecil tetaplah ditulis sebagai kebohongan. Sikap seperti membanggakan diri, dan berkelakar juga dapat menjerumuskan kepada kebohongan. Bentuk kebohongan terbesar terhadap Allah adalah kebohongan dalam berniat, berjanji, ber alam dan memburukkan orang.

Bohong yang diperbolehkan adalah bohong untuk mendamaikan dua orang yang bersiteru, bohong dalam perang, dan bohong untuk menyenangkan suami/istri.

buat kau....
Setelah aku kaji dan aku selidiki 1 pun perkara diatas ada dalam jiwa dan fikiran kau.... ustaz aku pun pernah pesan, "seburuk mana, sejahat mana pun ibu atau bapa kamu, mereka tetap harus dihormati, kerana tanpa mereka, kamu tidak akan dapat hidup didunia ini." sejahat2 aku ni la... (dia orang kata aku Jahat Sangat...) aku tak pernah nak burukkan adik beradik atau ibu bapa dengan orang ramai. aku tak pernah meninggikan suara pada orang, walaupun masa tu orang sibuk untuk memburukan aku dan keluarga aku. tiada pulak nak bertumbuk dan menikam bapa aku hanya sebab duit KWSP, sebab aku sedar mereka yang membesarkan aku, berjuta duit mereka habis untuk membesarkan aku. (ya Allah... besar sungguh dosa kau pada ibu bapa kau, mungkin sembahyang 1000 tahun pun tak terhapus dosa kau. hanya Allah yang tahukan...) sedar lah darahnya mengalir dalam badan kamu, dalam badan anak kamu, itu jugalah darah mereka, macam mana kau benci mereka kau tetap darah daging mereka. Ya Allah, Aku maafkan dosa dia pada aku, dan hapuskanlah dosa dia kepada ibu bapanya, sesungguhnya Kau lah maha permurah dan maha mengasihani... Amin...

Monday, September 20, 2010

Police is Watching You...


salam guyz n gurl...
lupe nak update....baru2 ni aku dapat SMS dr mangsa, yang mana pihak hospital telah mengesahkan kesan bengkak & lebam di muka mangsa, adalah akibat pukulan dari benda tumpul, (macam mane dia kate tak pukul ek...menipu la tu, kire tak boleh la dah dia nak walikan anak dia kawen besar nanti) dan laporan itu sudah diserahkan kepada pihak polis Kota Tinggi dan tindak selanjutnya akan diteruskan seperti mana di persetujui oleh pihak mangsa....jadi kite tunggu dan lihat.... kes aku plak abg sepupu aku yg polis tu memujuk aku suruh polis tangkap je.... hari tu inspector balai polis Kota Tinggi yg handel kes aku ni call 2-3kali tanya nak tangkap tak.... tp tu la.... dalam ganas2 aku ni, kesian gak kat anak bini dia....walaupon mcm2 dia kate aku... tp aku bg change lg....tah le mungkin aku ni masih lg manusia kot, bukan macam dia.... sir, Police is watching you....

Tuesday, September 14, 2010

Ceroboh

Salam guz...
baru2 ini aku telah mendapat tau dari sumber yg laman blog aku telah diceroboh. bukan laman blog sahaja, malah Email aku juga.. dan pada 9hb september yang lalu aku telah membuat laporan polis dan SKMM. setelah berhari2 memikir dan menyiasat, hari ni dah terlerai misteri setting blog aku yang telah berubah dan polis telah berjaya mengesan IP address penceroboh tersebut dengan bantuan SKMM. penceroboh tersebut juga orang yang sama telah mengugut untuk membelasah, memotong tangan aku dan membunuh aku. Laporan juga telah dibuat atas nama 2 sepupu dia juga mengugut untuk mencari dan membunuh aku. dan polis telah menyarankan aku untuk membuat laporan seterusnye untuk membolehkan pihak polis menahan penceroboh dan 2 sepupunye itu. Dan esok aku ada appointment dgn majikan beliau diIbu Pejabat dijalan bangsar untuk menyerahkan bukti dari pihak polis dan SKMM dan laporan polis yang telah dibuat. Dan perbincangan apakah tindakan yang perlu diambil... dan ini pesanan untuk penceroboh itu yang still membaca blog ini, bacalah puas-puas tak lama lagi komputer tak jumpe dah. pepatah org lama2 pernah berkata, "air yang tenang jangan sangka tiada buaya"

Thursday, August 12, 2010

Malas Datang Lagi.....


hari ni.... malas betul aku nak kerja.... jiwa tak tenteram... tak tau nape....tetiba timbul 1 persoalan dalam kepala otak aku, "If Something Happen to me... would you miss me". dah tak betul aku agaknye kot....

Sunday, August 1, 2010

Terlalu sebok....


Salam guyz....
sebulan-2 ni aku betul-betul sebok.... nak menaip perkembang terbaru pon tak sempat... bukan ape.... aku outstation lame gila.... sampai naik bosan dah kat site.... dengan tekanan kerjanye huhuhu tak sanggup rasenye, sampai 1 tahap.... nak balik KL serah surat berenti je kat HR... huhu...mula-mula 7hb June site Segamat, 1 minggu. Kluang, 1 minggu pulak.... lepas tu terus ke JB....sampai la 12hb July baru balik semula....pegi plak dengan Motor. bayangkan... motor Suzuki RGSukan tu.... bengkak bontot...dah la tu.... dengan hujannye... panas terik.... silih berganti.... tapi apekan dayaku, tanggungjawab pada Syarikat der...(konon la, lakonan je lebey). aku pergi dengan Azizi & Akhil.... tp Azizi hanye menemani kite org dari Segamat sehingga ke Kluang je.... 2 Minggu.... selebihnye, tinggal la aku dengan Akhil....dah la waktu tu Worldcup... puas memikir... kat mane la aku nak tengok Game German ni... (Penyokong Germany Selamanye). dah siap keje kat site... 12hb july, balik KL. sampai opis keje start semula, bertimbun Layout yg terpakse aku siapkan.... ni kena siap dalam tempoh 1 minggu plak tu ( tau nak cepat je opis ni...gaji lambat-lambatkan pulak ) sampai la hari semalam (29hb July) masih banyak keje... tp keje Aqma plak nak kena siapkan. kominis tu macam biasa la... marking aku je... sial......k ar.... yang sebenarnye ada lg 1 ceta nak story kat you all... tentang Navi And Map (opis aku la) tp tunggu dulu la. dah pukul 2pg ni...(mata macam digam-gam), chow dulu.... nanti-nantilah sambung....

Friday, May 21, 2010

Banjir DiLestari......

Salam guyz.....
hari ni gua balik dari kerja dengan senang hati & kering.... huhuhu.... dalam 3 hari ni hujan rahmat melanda kota Kuala Lumpur, Tiap-tiap petang plak tu.... hari2 aku balik dari kerje dengan baju lejut... tapi yang aku nak cerita ni bukan aku yang lejut....tapi rumah aku.... 1st day hujan tu lebat sangat.... aku balik dari kerja sampai dirumah buka pintu rumah.... macam banjir dalam rumah huhuhu... air masuk ikut dinding.... tension aku.... dah lah penat kat opis, balik rumah penat mengemas.... sampai tilam aku pon basah....


setelah penat mengemas nak tak nak.... terpaksa gak la tidur atas tilam yg lembab tu....dua2 bilik abis air masuk, ruang tamu pun abis. nasib baik tak kena TV, daput jangan cerita la... air paras buku lali... dah berbelas kali aku sound tuan rumah, buat tak tau je (bile lewat bayar sewa cepat plak solex grill). dah 1 tahun lebih aku dok umah ni... n macam ni jugak la tiap2 kali hujan. naik bosan....


tapi tu la... nak kuar dari rumah ni sayang, rumah besar sikit... kawasan ni orang tak ramai....cuma tak bestnye tu la... banjir rumah walaupon duk tingkat 4. lagi 1 down sidenye.... parking terpakse berebut dengan kedai2 dibawah. walaupon kedai sikit tp tu la... kena berebut.

Tuesday, May 11, 2010

Her Birthday, Midnight Movie + Pizza Huts + Secret Recipes

Tanggal 09-05-2010....birthday Puan Wawa....

08-05-2010 tu dia sampai KL kul 8.00pm, lepas mandi - manda, gua ajak dia kuar.... gua bawa dia dinner kat Assam House kat IOI Mall tu. 1st time gua abis makanan kat situ, sebelum ni tak pernah abis pon makan kat situ.... tengah malam tu gua ajak dia tgk Midnight movie, ceta Ironman 2, boleh tahan la cerita tu.... tp best lagi Ironman 1.... dok couple seat lg.....masing2 punye la ngantok.... terpakse menahan mata.... sanggup gua demi Puan Wawa.... abis kul 2.50am... masa nak kuar tu terjadi pekara yg memalukan.... gua tak tau, IOI mall dah tukar system RM1 perhours..... sebelum ni RM1 perEntry.... kena RM7 masa nak kuar.... bukan duit takde.... cuma mesin tu tak terima duit RM5 & RM10.... dalam poket ada RM4 je...last2 topup pakai duit syiling.... nasib baik ada syiling dalam keta... hahahaha













Siangnye, gua pun bawa dia pi makan, Mula nak makan kat Secret Recipes.... tetiba nak makan Pizza Super Supreme & Spaghetti Meatball Bolognaise Pizza Huts plak.... last2 gua pi beli Marble Cheese Cake & New York Cheese Cake kat Secret Recipes tapau, bawak makan kat Pizza Huts.... sukenye dia... senyum sampai ke telinga.... dia cukup puas hati.... cuma gua je yang tak puas... 1 hari je dapat bersama wawawawawa



















Petang tu, Puan Wawa berangkat semula ke JB kul 6pm.... bawa kereta aku... dia nak pakai keta aku sebulan.... Ending yg sempurna untuk kisah "My Baby Birthday.... 1 hari yg sangat bahagia bersama isteriku".... Puan Wawa.... Love you so much baby.....



Monday, April 19, 2010

Sakit.....

salam.... guy....
semenjak hari Khamis minggu lepas aku kena demam teruk.... 40' Celsius tu.... plus muntah, sakit pinggang, meracau.... kira package lengkap la. mcm2 aku membebel masa tgh sakit tu.... tah ape? nak tau kenapa aku leh sakit mcm tu punye teruk.... jeng jeng jeng....
Sabtu Ahad sebelum tu aku outstation ke muar.... survey utk Projek PGA.... bayangkan la... ahad tu nak kena siap gak.... tp kat site byk lg jalan nak kena collect... terpakse la setelkan gak.... kul 4 pagi baru siap ko.... terus gerak ke KL saat tu gak sampai kat Ayer Keruh... aku dah mamai... gerak Zizi suruh drive plak.... tak lama lepas tu aku rasa keta tak gerak dah... bukak bijik mata rupenya Zizi pun dah mamai dia stop... nak sampai KL kul 9 punye pasal... aku plak drive.... sampai la opis kul 7.30pg....hantar keta, terus balik rumah... kul 1ptg masuk opis semula...esoknye plak nak siapkan layout cepat aku n Zizi terpaksa stay opis sampai kul 1pg plak....lepas tu startlah demam aku....

tu la kesahnye huhuhuhu.... sadiskan!!! sekian kisahku untuk entry kali ini.... -TAMMAT-

Thursday, April 1, 2010

Penat...Seronok.....

salam guyz....

PENAT!!!!
sehari dua ni aku penat sikit... melayan PIC2 kat opis tu.... letih tak terlampau.... macam2 dia org nak.... tak tau ke yg aku ni ada 2 tangan je tu pon jari tak cukup... (ahahaha.... adegan bahan diri sendiri) yang sorang suruh buat ni... datang sorang plak mintak buat ni.... masuk sorang mintak tu plak.... mau cramp kepala otak aku ni..... last2 aku cabut ambik EL.... padan muka kau mijie hehehehe

SERONOK!!!!
dalam sehari dua ni jugak aku rasa seronok sangat2.... maklum la.... Puan Wawa ada seronok tak terkata.... abis keje tak sabar nak balik rumah (hahaha Gatal) tp ada gak tak best.... gaji tak masuk lagi da....

BOSAN....
tp hari ni bosan.... Puan Wawa dah berangkat ke JB semula.... tak tau nak buat ape kat rumah....
nasib baik hari ni Syabas ajak Friendly kat Chalengger SS14.... tp pancit.... ape lagi... kena titik la.... masing2 pancit.....Team Navi datang 7 orang je.... huhhuhu.... sampai2 kat rumah dapat massage yang mengejutkan dari Puan Wawa... rupenye..... April 1st.... kono den AprilFool dengan bini den....

k la babe... tak tau nak melalut ape2 dah..... adios!!!!!

Tuesday, March 16, 2010

Awang... forever you in my heart...

Salam...
2 minggu lepas... kucing kesayanganku pergi gak.... sedih sangat aku.... cuma ada sikit puas & terkilan dalam hati aku.... awang bagiku sangat-sangat istimewa... dirinya umpama sebahagian dari keluargaku sendiri.... aku sanggup berhadapan apa sehaja demi dirinye.... tiada kucing atau haiwan lain dapat menandingi dirinye dalam hatiku.... sepenat mana pun aku, aku pastikan bermain2 dengannye.... masa ini aku masih tidak dapat melupainye.... biarlah orang kata aku bodoh kerana menyayangi sekor kucing....

1. Aku puas.... sebelum dia mati aku sempat belai2 n manje2 dengan aku... dia sempat menyahut panggilan aku.... dia sempat merenung tajam wajah aku seperti dia gembira sempat melihat aku dia...

2. Aku terkilan.... dia masa dia sedang bertarung untuk nyawa dia aku tiada disisi, disaat dia mula sakit, aku tiada untuk merawatnye.... pada malam2 akhir dia seperti tahu & tidak membenarkan aku menyentuh dirinya....

aku tak sampai hati menanam dia... kesian dia berseorang dalam tu.... tak sedar aku menitiskan air mata waktu itu... hanya Allah sahaja yang tahu betapa sayangnya aku padanya... walaupun dia sekor kucing... dia amat setia denganku tak kira waktu.... tak pernah dia menyakiti aku walaupun dia kelihatan bengis.... tak ku sangka sekor haiwan mampu menyentuh hatiku.... mampu membuat ku gelak, suka dan saat ini duka....

Monday, March 15, 2010

Penat + Ngantok + Selsema + Sakit Kepala

Salam guy...
tak tau 2-3 hari semenjak outstation ke Lumut ni betul-betul buat aku tensen.... Penat, ngantok, selsema & sakit kepala.... dah lah hari ni betul-betul membosankan.... takde hiburan.... nak pi Uptown, alahai.... ada 2 baris je gerai.... semalam syok gak kat Pangkor.... tapi tak sempat nak lepaskan tekanan dah balik semula ke Lumut.... sampai-sampai tak sempat rehat, terus buat kerja.... nak siapkan town Lumut ni.... supervisor aku nak jugak hari ni.... adoi... lunyai badan macam ni.... terasa badan ni dah tak larat sangat...(tak ngaku gak tua tu) pusing2 town jalan kaki je.... tak sampai 5 minit dah pusing 1 town...

Adoi........ni dengar cerita aku kena buat jugak kawasan seri manjung.... mak ai.... padat tu.... mau cramp kaki aku tekan paddle minyak.... seri manjung lagi padat pada Lumut...lepas tu suruh masuk jugak kawasan sensitive.... kem Navy tu.... aku nak cakap ape masa nak masuk kawasan tu....nak mampus.... MP dengan MP5 tu... tembaknye aku....hehehehe....

Hemmm....
kadang-kadang.... terasa nak berhenti je kerja..... tp aku kalau dah berhenti, aku nak kerja ape.... kereta nak jugak bayar.... rumah tiap-tiap bulan nak jugak bankin... sekarang pun sampai tak cukup nak makan....

keputusan....
kerja je la mizi.... selagi tak tutup mata.... jantung tak berhenti bedugup.... selagi nafas tak terhenti.... kerja kerja kerja..


Teman setiaku pada waktu outstation.... Penadol Actifast & air Mineral....

Sunday, March 14, 2010

Outstation Lumut (yang memenatkan)

salam guys..
Today hari ke4 aku kat lumut... walaupon semalam berehat di pangkor sama kekawan...badan still penat... ngantok jangan cerita la....
survey lumut ni ok... kawasan tak pack... tgh bandar pon lengang.... tapi hari minggu start ramai dengan orang nak bercuti ke pangkor...
semalam siap je kerja survey town Lumut.... dalam kul 12pm....terus balik hotel, bersiap nak pergi Tapah.... ye la... nak pergi kenduri kawen.... takkan nak pakai baju kerja.....tunggu Saha & Akhil pulak dari Pangkor (site dia orang kat pangkor). kul 12.30pm baru dia orang naik feri ke Lumut. bertolak dari Lumut dalam kul 1.30pm. sampai Tapah dalam kul 3.00pm.... tu pon laju gile aku bawak (setakat termampu kereta opis tu la)


ni kat rumah nafi.... kenduri kawen dia... penat kite orang bekejar dari Lumut ke Tapah.... ikut jalan kampong nak cepat punya pasal....aku makan nasi minyak, ayam masak kicap n acar je....1st time kenduri aku jumpe ada ulam.... aku pon balun ulam petai hehehe Sajen, Saha & Akhil sambal belacan.....


masa ni atas feri... nak pi pangkor....penat balik dari kenduri kawen nafi tak hilang, terus naik feri ke pangkor...tapi semalam syok... mandi laut, air biru je.... tidur kat chalet Nipah Mas... selesa.....cukup puas hati....
k lah.... penat nak tidor jap.... tadi sampai dari pangkor... start kereta terus buat kerja.... nak kejar masa... ni dah siap masa untuk cover tidur balik.... gambar2 kat pangkor akan diupload sedikit masa lagi.... sabar ek....



Saturday, March 6, 2010

Tak Sabar....Berdebar.....berakhir dengan Kegembiraan!!!!

Today...
setelah setengah jam menunggu diShell Balakong... Mr. Max sampai, beliau turun dari keretanye Nissan Sentra berwarna putih.... ditangannye memegang sebuah beg bewarna hitam...hati aku berdebar....skip 2 heart beat!!! beliau membuka pintu keretaku....(masih bedebar) beliau menghulur tangan bersalam... dan membuka cerita tentang laptop Compaq Presario....bercerita betapa hebatnya laptop dia itu membuat aku terngangga mulut mendengarnye... pergh!!!! kagum aku... hebatnye laptop jenama Compaq ini..... setelah menghulur segulung duit (ringgit malaysia), kami bersalaman dan secara rasminya Presario ini menjadi milikku!!!!


kini ku kembali melayari Facebook, Tagged & bloging
terima kasih kepada suggar daddy ku (Ayah aku da), kerana sudi menaja laptop baru ku ini.... akan ku jaga seperti nyawaku sendiri.... akan ku tatang ku belai hari2 (bini pon wajib belai) huhuhu World Wide Web!!! I'm Back!!!!!!!!!

Monday, March 1, 2010

Cuti-Cuti Malaysia (Edisi Melaka)

Salam guys....
Sabtu baru ni aku n family bercuti ke Melaka.... syok woo, maklum la... ditemani Puan Wawa hehehe... mak & anak seedara aku 2 orang pun ikut sama....tak pernah-pernah senang bangun pagi, boleh dia orang bangun.... siap mandi dulu pada aku.....Kite orang bertolak dari Temerloh pukul 7am, pada awalnye program nak ke Felda Redong Segamat, rakan Baik aku n Puan Wawa kahwin. tp keadaan kereta tidak mengizinkan....


Ni mak aku kat Makam Hang Tuah, Tanjung Keling.... dia nak sangat melawat makam Hang Tuah katanya...setelah 1/2jam kat situ... baca ape yang patut baru la pi melepak kat pantai. Ingat nak mandi... tp panas sangat cuaca & kite orang tak bawak pakaian Spare


Ni kite orang kat dalam Menara Taming sari....mulanya masing2 tak mau naik, macam2 alasan diberi. last2 nampak macam mana platform tu naik turun barulah berani. Puan Wawa muka cuak gile, Puan Wawa Seorang yang takutkan kentinggian (gayat kata orang). aku ajak berborak pun kena marah....Pakai cermin mata tu sebab kalau dia pejam mata orang tak tau...


Anak sedaraku (Ariefah) with my mum...Ariefah siap sewa Binocular harga rm7, konon nak tinjau bandar melaka....


Aku with isteri tercinta....(senyum pakse tu, padahal nak muntah. aku pulak, rambut serabai gile). then kite pegi Bahtera... shopping kat Bazar (abis gak duit aku, anak2 punye pasal & dipau oleh Puan Wawa). Makan tengah hari kat Melaka Traditional Food Center.

seperti biasa banyak lg gambar...(Puan Wawa ni gile bergambar) tapi malas letak semua, buat sesak je kat blog ni....(dia tak nak Update blog dia) anyway, hari tu kite orang seronok gile.... terutama Aqielah, 1st time ikut aku berjalan....petang tu kite orang balik jugak ke Temerloh jam 4pm, sampai temerloh kul 7.30pm.

Monday, February 22, 2010

Cuti-Cuti Malaysia (Edisi Cameron & Sungkai)


Salam guys...
baru ni aku pi bercuti 1 famili ke Cameron & Sungkai pada 13 Feb sampai 16 Feb.... sori lambat update blog ni sbb sedia maklum, Laptop aku kena samun...(dah ada maklumat baru, penyamun bodoh tu gi call awek pakai handfon aku) jadi susah sikit nak mentenet skrg hahahahaha.... ni aku upload gambor2 percutian aku untuk tatap umum....

My Sister & Family dia.... Thanks Ita sbb menaja percutian yang amat seronok ni... lain kali jangan lupe... ajak ngah lagi.... hemmm nak kemana pulak kita bulan depan ek....



Ni kat rumah anak saudara aku, kat kuartes JKR, Tanah Rata. anak sedaraku yg terkini.... lihat betapa kagumnye dia melihat Pak Ngahnye bermain alat music


Mak aku.... merangkap Banker aku hahahahha.....mak aku bengang... hari2 last baru dia tau HSBC ket mane... tp bagus gak, kalau tak abis duit dia bershopping diBrinchang malam tu. Orang tu jgn jeles aku ada banker baru....


Makan diMedan selera yg tidak menyelerakan.... semua tawar.....nasi ayam tawar, Mee Bandung tawar, even lauk untuk nasi campur pon tawar....nescafe je power....


Ni kat Sungkai Hot Spring Resort & Spa... duduk atas batu tu bukan wat ape... usya awek2 riang yang seksi2, lagi satu.... tak tahan panas air tu.... cuci mate beb... bini jauh tak dapat ikut hahahahha (sori puan Wawa, kau tetap dihatiku)


Kepenatan selepas seharian berenang, aku berenang atas katil pulak hua hua hua....

Kite orang pergi Cameron Ahad pagi.... melalui Jerantut, Kuala Lipas & Gua Musang (selisih dgn Ca'ah dengan geng2 LC dia). tidur di cameron semalaman. turun ke sungkai melalui Tapah... tidur di Sungkai Hot Spring Spa & Resort (Best rasa nak pegi lagi sekali... tp kali ni bawak puan wawa la plak...) esoknye kembali ke KL.... sebenarnye banyak lagi gambar... tapi ye la kan, takkan nak letak semua sini...buat sesak je...
p.s ; Pergh.... penat gile.... sampai Rabu tu aku sambung cuti hehehhe (penat + malas)
k la... That all folks....

Thursday, February 11, 2010

Tidur Mati....


salam....

hari ni sekelip mata aku jatuh miskin.... tp bukan bank negara isytihar aku jatuh bankrup....tp itu pencuri sudah bikin party kat rumah aku....(#$%* punye penyamun) sedar2 pagi tadi nak pi kerja.... tengok laptop, handfon, n wallet takde.... nasib baik la wallet dia campak kat pintu je... kalau tidak banyak keje la nak settelkan....nak kena pi jabatan pendaftaran la, JPJ la, bank la... mampos....& nasib baik dia tak ambik gak nyawa aku....

patut la malam tu aku tak sedap hati, macam 2 aku fikir... tp aku jenis tak ambik port perkara macam tu....lagi 1... nasib baik gak dia tak ambik beg laptop.... kunci keta, kunci rumah n kunci motor dalam tu....
anyway...
2 jam kat balai seri kembangan buat report....polis tu macam tak percaya je.... sbb aku ckp rumah bekunci & takde kesan pecah kat pintu... bagusnye pencuri tu siap kunci balik pintu n pintu grill umah aku hahaha....

peliknye macam mane dia masuk rumah aku....

1. Pintu berkunci....

2. Siap solex lagi....

3 aku tidur dalam bilik tak dengar pon (biasanye aku Lite Sleeper) bunyi kunci jatuh pon aku tjaga....

Wednesday, February 10, 2010

I'll need a speed in my Life



Yo guys.....
tak tau la nape, semenjak akhir2 ni..... umur pon dah 30++ ni aku start rindukan motor semula.... dulu awal2 umur 20an dah merasa pakai, (sampai barai Kawa aku). tapi semenjak 2menjak ni keinginan tu timbul semula.... Rindu nak layan lap Genting, Full throttle kat Highways.... perghh.... syok siut....dah lama tak mengasah lutut. tu yang kadang2 RG sport tu jadi mangse hahahaha....lepas tu dapat bini pon gilakan superbike ni (tapi dia minat motor BMW), tu yang bertambah meroyan tu....

pada mulanye aku target hujung tahun ni nak sambar 1, tp bayang pon tak nampak lagi, terpakse la lupakan hasrat murni aku tu, walaupon meleleh air liur bile tgk motor2 ni potong aku kat highway Kuala Lumpur - Karak tu.... hehehe....tp takpe.... kite set target baru.... sebelum umur aku masuk 40, aku mesti dapatkan sebijik 600cc at lease la... idaman aku sebenarnya Yamaha R1 hehehehehe...
so friend..... doa2 la aku berjaya ek amin!!!!

Monday, February 8, 2010

Life....

Sometime…
I feel my life is so unfair! Work, life, health n love. This world is so cruel, I ask God for a little happiness in my life. What I got is sadness, lonely n heart brake.

Sometime…
I thinks God forget about my, everything or every time I’ll did right or doing wrong He doesn’t care. It feel like doesn’t see or care about me at all. But still I always thinking of him, His name always on my lips still He doesn’t love me like He love other. Oh... my God, my love...why do you doing this to me... Dear God… I did not know what to do, what good or bad in my life. I’ll need you to guide me. To set me on the right direction. To always thinking of you, to never forgot you to love you, never make you angry…

Always…
I fell envy, jealous n desperate. O… God I turn to you for forgiveness of my entire mistake n my sin… please gives me happiness n strength to face this unfair world…God, don't you worry, my heart is only for you, no other God, other than Allah all mighty...

Sunday, February 7, 2010

Blue Night.....for my Baby

Michael Learns To Rock - Blue Night

Lately you have been asking me
if all my words are true
Don't you know I'll do anything for you

Sometimes I haven't been good to you
Sometimes I've made you cry
And I am sorry for everything

but I promise you girl
I promise you this

When the blue night is over my face
on the dark side of the world in space
When I'm all alone with the star above
you are the one I love

So there's no need to worry girl
My heart is sealed for you
And no one's gonna take it away

cos' I promise you girl
I promise you this

When the blue night is over my face
on the dark side of the world in space
When I'm all alone with the stars above
you are the one I love

Your voice is calling to me in my dreams
My love is stronger than it's ever been

p.s ; Love you baby.... So much!!!!

Saturday, February 6, 2010

Sabtu....


Sabtu lg.... nak pi Kelas ke tak.... maklum la aku part time student hahahahaha.... argh.... sabtu la juga hari paling bosan... nak keluar takde partner....so dok umah layan tv sambil mengadap laptop... nak kemas rumah pon malas.... semak siut....k la you guys....nak kena kemas gak rumah, org tua aku nak datang melepak umah hari ni... take care... tata titi tutu.....

Hahahaha Welcome


huhuhu setelah bertahun2.... akhirnye aku start blogging semula.... macam mane ek... life aku sekarang bukan happening macam dulu dah tua babe.... anyway.... aku cuba la hahahaha