Tuesday, April 26, 2011

Ong Kim Koon (Warga Malaysia Terhormat)

Membaca berita tentang kematian seorang lelaki Cina bernama Ong Kim Koon,52 tahun, telah menyentuh jiwa saya yang terdalam sebagai warga Malaysia berdaulat. Matinya adalah mati seorang wira. Hatinya suci seputih awan terindah.Jika saya mati sepertinya juga saya redha dan bangga.

Ketika mendiang pulang dari kerja 14 April lalu, beliau melihat sebuah kereta Perodua Viva terbabit dalam kemalangan. Beliau mendapati terdapat sepasang suami isteri sedang tersepit dan meminta pertolongan. Beliau dengan rela membantu mengeluarkan mangsa pertama seorang wanita dan meletakkannya di tempat yang selamat. Ketika hendak mengeluarkan mangsa kedua, malang menimpa apabila sebuah kereta Toyota Estima merempuh beliau dari arah belakang menyebabkan beliau parah sehingga kaki kanannya terpaksa dipotong.

Menyedihkan sekali,hari ini, beliau disahkan meninggal setelah mengalami pendarahan teruk dan beberapa organ dalamannya tidak berfungsi.Tambah menyayat hati, mangsa yang diselamatkannya pun tidak sempat lagi bertemu untuk menjalin silaturrahim dengan mendiang. Namun, satu perkara yang sangat menyakitkan hati apabila kereta yang melanggar beliau telah menghilangkan diri. Kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Kawan, apa yang tambah membanggakan saya, mangsa yang dibantu oleh mendiang itu adalah pasangan Melayu dan Islam.Inilah nikmat terhebat menjadi warganegara Malaysia. Inilah yang wajar kita contohi. Ceritakan kepada semua generasi tidak kira bangsa dan agama.Jika Pengasas Malaysia dahulu masih ada, pasti inilah titisan airmata kegembiraan mereka. Ong mewakili masyarakat Cina yang rendah hati dengan nilai semangat Malaysia yang luhur.

Sayangnya apa terjadi dengan kebanyakan Cina hari ini di luar sana. Ketika statistik menunjukkan Melayu tertinggal dalam banyak bidang, mereka dengan mendabik dada mengatakan bahawa itu kerana Melayu /Bumiputra malas dan kami bekerja keras.Ketika kerajaan yang didominasi oleh Melayu Islam ini memberikan kebebasan dengan membuka sekolah SJK(C), mereka bayar dengan berbahasa Melayu yang cacamarba. Malah ada bangsa Cina yang mempersendakan Lagu Negaraku.

Setelah kesudian Raja-raja Melayu dan Pemimpin Melayu menerima Cina melalui prinsip JUS SOLI, inikah balasan yang harus diterima oleh Melayu. Jika kalian ingin terus menjadi warga Malaysia yang tidak dipandang serong, hayatilah pengorbanan Ong. Paling tidak pun jadilah seperti Tan Sri Lee Lam Thye, jadilah seperti Prof Madya Dr. Lim Swee Tin, yang bahasa Melayunya jauh lebih baik daripada kebanyakan bangsa Melayu sendiri.

Sekalung TAKZIAH buat seluruh keluarga Ong. Tabahlah...Tuhan lebih menyayanginya. Dan dia warganegara Malaysia yang Terhormat....

Sumber Dari Blog Nim Yorza

Sunday, April 10, 2011

Syarat-syarat menjadi seorang Khalifah (pemimpin)

Syarat pertama: Islam.

Seluruh sahabat menyapakati syarat ini yaitu islam, maka tidak boleh bagi Negara islam atau yang majoriti penduduknya adalah muslim di pimpin oleh seorang yang lain selain dari beragama Islam,

Syarat kedua: Balig (dewasa).

Hal ini juga di sepakati oleh seluruh sahabat bahwa setiap calon khalifah atau pemimpin harus sudah balig.

Syarat ketiga: laki-laki.

Seorang pemimpin sesuatu Negara tersebut haruslah seorang laki-laki, tentunya hal ini ada pada diri setiap calon khalifah di zaman Sahabat.

Oleh kerana itu ketiga syarat ini yaitu: Islam, balig (dewasa) dan laki-laki, tidak seorang pun dari para sahabat yang boleh mengatakan dirinya lebih utama dari yang lain.

Syarat keempat: Adil.

Seluruh sahabat tanpa terkecuali adalah adil sesuai kesepakatan para ulama, adil ialah dari segi: kemampuan atau naluri yang terdapat pada peribadi seseorang yang akan membawanya untuk selalu bertakwa dan menjaga keperwiraan atau muru’ah.

Sementara takwa, sekalipun ia adalah termasuk perbuatan-perbuatan yang memerlukan keserasian antara yang batin (tersembunyi) dan yang dzahir (yang Nampak), sunyi dan terang-terangan, akan tetapi takwa di sini yang menjadi dasar syarat adil ialah sesuai yang terlihat orang saja, karena tidak ada satupun manusia yang mampu untuk mengetahui bagaimana hati seseorang, berdasarkan dari tolak ukur ini, maka defenisi takwa yang di inginkan pada diri seorang khalifah ialah:

"Menjauhi perbuatan-perbuatan yang buruk seperti: kemusyrikan, fasik dan bid'ah".

Maka ia tidak boleh melakukan perbuatan apapun yang mengandung kemusyrikan, begitupun dia harus menjauhi segala perbuatan yang bolah membuat ia di anggap sebagai orang fasik, seperti meninggalkan solat, tidak menunaikan zakat, meninggalkan kewajiban berpuasa (di bulan ramadhan), dan melakukan perbuatan-perbuatan dosa besar yang lain seperti meminum minuman kerasmajoriti, berzina, secara terang-terangan melakukan perkataan dan perbuatan yang keji, membunuh tanpa hak, dan mencaci agama.

Seorang pemimpin juga harus menjauhi segala perbuatan bid'ah dan tidak mendakwahkannya, dan ulama berbeza pendapat mengenai dengan dosa-dosa kecil artinya apakah menjauhinya adalah termasuk suatu syarat atau bukan untuk menjadi seorang khalifah, para ulama sepakat bahwa orang yang senantiasa melakukan dosa-dosa kecil akan membuat ia tidak dapat di kategorikan sebagai orang yang adil.

Adapun yang di maksud dengan kata al Muru'ah ialah: menjauhi dari segala bentuk-bentuk kekurangan-kekurangan (aib), yang biasanya hal tersebut bukanlah hal yang di haramkan tapi mubah akan tetapi ia (Sebagai seorang khalifah atau pemimpin) tidak boleh untuk melakukan hal tersebut, hal ini berkaitan dengan kebiasaan dan syari'at secara bersamaan, contohnya terlalu banyak bergurau, kerana hilangnya kemuliaan seseorang akan menjatuhkan Muru'ah seorang laki-laki, sekalipun ia benar atau jujur ketika bergurau.

Orang-orang dulu menganggap bahwa makan di jalan dan di pasar-pasar adalah termasuk yang dapat menjatuhkan Muru'ah seseorang, akan tetapi kebiasaan atau adat seseorang membolehkan hal tersebut atau menganggapnya hal yang biasa, dan syari'at pun tidak melarang hal tersebut.

Oleh kerana itu syarat adil ialah di maksudkan agar seorang khalifah bertakwa dan mempunyai Muru'ah , sekalipun kita telah menyebutkan bahwa seluruh sahabat radhiyallahu'anhum ajma'in tanpa terkecuali adalah adil ('uduul) dari sisi ini, akan tetapi yang jelas dan telah di maklumkan bahwa Abu Bakar radhiyallahu'anhu adalah sahabat yang paling adil di bandingkan dengan yang lain, beliau lebih bertakwa di bandingkan dengan para sahabat yang lain, dan lebih menjaga muru'ah, hal ini sesuai dengan hadis-hadis yang telah kita sebutkan dan sesuai dengan kesaksian Rasulullah saw. untuknya dengan keimanannya, persahabatannya dan ditempatkan tempat tertinggi di surga (bersama dengan Rasulullah saw.).


*Wallahu a'lam bi shshawaab.*


p.s; Layak ke orang Johor tu jadi Khalifah untuk Keluarga dia?? kih kih kih.....

Thursday, April 7, 2011

Ini Kah Sejarah Sebenar April Fool.....

Salam All….

Seperti yang kite semua tahu 1 April datang dan pergi setiap tahun dan setiap tahun gak le orang-orang dewasa berubah dan berperangai seperti kanak2….dan selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan mengenakan rakan-rakanlain…tapi tahukan mereka sebenarnye perayaan April’s Fool ni berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para pembesar-pembesar Islam pada waktu itu begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Dan keadaan itu bertahan hampir enam abad lamanya.

Pada ketika itu juga kaum-kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal penat dan lelah terus berupaya menghapuskat Islam dari Sepanyol, namun mereka gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Kemudian beberapa orang perisik pergi untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Dan akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, mereka mempelajari yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Dengan secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk pemuda dan pemudi agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga menghantar sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Dan akhirnya usaha Mereka ini mula membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri dari tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian tentera Salib memujuk.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih berada di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir bergema. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang terikut-ikut merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April’s Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April’s Fool ini, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembunuhan Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan oleh umat Islam didasarkan untuk memperingati peristiwa pembunuhan umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Terjun Dengan Labu-labunya...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.

Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya.

Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.

"Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya.
petikan dari Blog Putra Merdeka

kenape blog aku jadi blog politik ni....
yang sebenarnye aku amat tertarik nak lemparkan pandangan aku....aku dah naik muak & bosan dengan semua ini... Kerajaan dengan cara dia....Pembangkang, dengan cara pembangkangnye...tambah bosan dengan minyak yang asyik naik... dengan perkataan konpirasi dari pembangkang.... sama2 bodoh sama2 bengong.... berbalik pada kes di atas.... pro2 pembangkang sana sini menjerit kata kerajaan (SPRM) membunuh lagi....ini semua konpirasi.... mari sama2 fikirkan... kalau betul pegawai kastam ni di bunuh siapa yang paling beruntung dalam kejadian ini... fikir2....... tettttttttttt.......tentu pembangkangkan.... sebab kalau kerajaan yang buat takde langsung manafaat pada mereka.... malah rakyat akan lagi sakit hati dengan kerajaan... betul tak.... jadi kes ni aku tak percaya yang dalam ramai2 Pegawai SPRM tu semuanye bodoh....tak logik....dan dalam ramai2 pegawai SPRM tu takde 1 pon sokong pembangkang.....

Wednesday, April 6, 2011

Serabut.....

Salam all...
Sedar tak sedar dah lebih sebulan aku kat borneo ni... Rindu gile nak balik ke bandaraya kesayanganku Kuala Lumpur... Tambah pulak, hidup kat sini tak beduit. Harap belas kasihan orang je...kalau ikutkan perkiraan aku dekat RM5k elaun + claim aku kat sini, tapi dapatnye tah bile...
Dah 2 - 3 kali terlintas kat fikiran aku nak je balik semenanjung. Tp kalau balik company ni leh saman aku sebab kerja tak siap... Tah la...
Esok (sebenarnya hari ni) 06/04/2011 pukul 09:30am, mak sedara aku (mokneh) akan memasuki operation room kat hospital Temerloh. Sebab nak masuk besi. Tulang pinggul dia patah, jatuh kat rumah mak aku di semantan...(hati risau gile) masa cakap dgn dia hari tu sebok dia tanya bile nak balik... Tetiba rasa sebak hati aku siut (dalam hati ada taman gak aku ni...). Tapi takpe la... Aku doakan dari sini je, walaupon hati aku rasa nak balik sana je malam ni....tahan je tau macam mane hati aku sekarang....
Anyway.... Dapat call dari opis kate suruh pi Tawau & Sandakan esok or lusa, dia org masukan RM2k dulu untuk hidup kat sini, maknenye bahagi darab RM500. Tolak duit nak sewa transport tinggal la RM200 untk 1 minggu. Nasib baik hotel kat sana office dah bayar siap2.... Gaji??? Tah bile nak masuk... Orang dah ramai, hari2 minta hutang... Nak bayar mcm mane gaji tak msauk.... Hemmm...
Tah la tunggu abis sini, dapat gaji & elaun aku, aku nak cabut sebab dah dpt offer job lain... Tunggu je la perkembangan aku nanti...
K la guys... Nak layan Inter Milan la...game tengah sedap ni... Chow....

p.s: gambar aku tu... Nampak serabut sangatkan...hemmmm ;-)
Published with Blogger-droid v1.6.8

Sunday, April 3, 2011

my 1st time testing blog droid

Salam guyz & gurlz...
Lama bebenor aku tak menulis kat cni, bukan ape, antara sebab2nye aku sibuk sangat... Outstation yang paling lama, dah lebih 1 bulan aku kat borneo ni.... Mula2 kat Miri lepas tu Bintulu last kat Serawak Sibu, n sekarang aku di Sabah... Lebih tepat, Kota Kinabalu...
Post kali ni bukan ape... 5 hari lepas aku baru sambar xperia x10 mini pro, sukenye aku tak terhingga handfon idaman dalam genggaman...fyi orang tu... Bukan sugar mummy yang taja ek... Plz la....
X10 mini pro ni banyak software dia. & dia base on android os... Tu sebab aku gile kat dia... Kecian aino aku tu, simpan je... Nak jual sayang...
Berbalik pada x10 mini pro ni...salah satu software yang dia ada, Blogger=droid... Ni yang aku test ni....
And buat andindaku tersayang, Puan Wawa yang disemenanjung tu.... Adinda pakai aino tu nak...tapi jaga baik2, sebab abg sayang dia...n kesihatan Roky mcm mane... Kecian dia dah tua... Baby boy kite... Jangan la selalu ajar titur same... Susah kite nnt... Hihihihi... K la... Nak out, nak mandi + lapor gile ni...
Buat SAUDARA yang diJohor tu... Terima Kasih menjadi pengikut blog Roulan yang setia...
Salam.... Out!
Published with Blogger-droid v1.6.8