Wednesday, March 21, 2012

JEW..JEW..JEW!!!

Salam Guys & Gall
Pelik aku dengan bahasa shortform budak-budak remaja sekarang....padahal shortform dalam massage tu untuk mengurangkan penggunaan ruang dan mempercepatkan menaip massage....tap dia orang ni tak menggunakan dengan betul....tu la orang suruh sekolah, korang buat apa?

Jew..jew..jew..
ape yang aku benci dengan "jew"

Bagi yang tak tahu....
ape itu JEW?
JEW tu adalah ganti ejaan 'sahaja', 'aja','je', 'aje', 'jer'?
Contoh ayat;
"Pekerjaan saya biasa sahaja"
"Aku buat keje biasa aja"
"Alah..keje biasa je"
"Ak wat kewje biasa jew"
JEW tu tak sesuai sangat nak digantikan dengan perkataan asalnya 'sahaja'....Kalau nak ganti pun berpada2 la...Jangan asyik ikut trend sampai nampak awak tu tak berpelajaran. Macam awak tu tak baca buku langsung. Main fb pandai..boleh pun access internet. Sambil2 blogwalking ke, facebooking ke, baca sikit berita2 dunia, artikel2 ilmiah sikit.

Urgghhh!!!
sebab ape aku bengang sangat kat bebudak yang gunakan shortform Jew ni....SEBAB
JEW means YAHUDI
YAHUDI = JEW
Ia singkatan dari perkataan Jewish. Kalau tak percaya Buka kamus, buka online dictionary.
Tak pun, Google je
Dalam column Google tu letak je perkataan "JEW"
Lepas tu baca...
tak faham English, guna Google Translate.
jangan hanya sebab nak ikut trend....
umpama burung kakak tua....cakap sahaja pandai....tapi 1 pon tak faham...

so adik-adik...hentikan la penggunaan JEW tu ek...

Wednesday, March 14, 2012

Thursday, March 8, 2012

The Bike of My Dream...


Salam All's
Entry kali ni aku nak cerita sikit tentang Motor idaman aku....tapi apakan daya harganye terlalu tinggi tak termampu aku....bagi aku Ducati 916 ni motor tebaik sepanjang zaman. aku hanya sempat sekali je menunggang Ducati kawan aku sewaktu kami Konvoi Cameron tahun 1998, tapi cinta aku sampai sekarang tak pernah pudar...(pergh....ayat...)

Ducati 916 motosikal Itali yang dihasilkan oleh Ducati dari 1994 hingga 1998. Berbeza dengan empat silinder sebaris Jepun yang menjadi pesaing mereka pada masa itu, enjin V berkembar (V-Twin) menghasilkan kuasa yang kurang, tetapi lebih Daya kilas (Tork). Model 916 telah digantikan oleh model 996 pada tahun 1999.
Ducati 916
Kemunculan sulung pada tahun 1994, Ducati 916 telah dikagumi kerana reka bentuk baru yang dan ciri-ciri teknikal yang terbaik. Ia direka oleh Massimo Tamburini dan Sergio Robbiano dan pasukan di Penyelidikan Pusat CAGIVA di San Marino, enjin 916 disejukkan cecair adalah di ambil dari enjin terdahulu, Ducati 888, dengan sesaran yang lebih besar, sistem pengurusan enjin baru. Secara keseluruhan yang lebih kecil dengan rangka krom moly (yang telah dikongsi bersama Ducati 748 pada tahun 1995 dan seterusnya). Ia telah dicapai dengan meningkatkan strok crankshaft dari 64 mm kepada 66 mm. Menggunakan bore size yang sama dengan Ducati 888 ya itu 94 mm menyebabkan kapasiti menigkat kepada 916. Ducati 916 Senna menampilkan rekabentuk yang lebih agrsif dari Ducati 888. Ia kemudiannya digantikan oleh 996 dan 998 mempunyai rekabentuk yang sama tetapi enjin disemak dan kuasa yang lebih.
Ducati 888

Reka bentuk Ducati 916 adalah keseimbangan antara fungsi dan bentuk:

·         Lengan Ayun (Swingarm) satu sisi adalah cantik, tetapi ia sebenarnya direka untuk memudahkan penukaran tayar sewaktu perlumbaan.
·         ekzos dibawah tempat duduk adalah unuk  meningkatkan prestasi aerodinamik, dan kejayaan tersebut memberi garis (body line) yang sangat bersih dan licin. Ciri ini pada mulanya diperkenalkan pada Honda NR, dan walaupun Ducati tidak lah yang pertama, ia telah kekal sebagai salah satu ciri-ciri cap dagang 916.
 
Pada tahun 1997 Ducati telah mengeluarkan Ducati 916, ia sempena memperingati mendiang Ayrton Senna

Ducati 916 Senna (edisi khas untuk memperingati mendiang  Ayrton Senna)

Kemudian Massimo Tamburini merekabentuk MV Agusta F4, motorsikal yang dilihat sebagai penggantinya untuk 916, dan berkongsi banyak persamaan dengan 916 terutama di bahagian ekor. Kedua-dua reka bentuk Tamburini ini telah disiarkan dalam 1998 Art Guggenheim Museum pameran Motosikal. 

MV Agusta F4
 Tapi sekarang Ducati 916 telah diberhentikan pengeluaran dan terbaru Ducati 1098

Wednesday, March 7, 2012

Wordless #10


Koma Setelah Jatuh Merempuh Sekatan Pihak Polis

Salam All
Aku rasa la, ramai yang kata Polis Kejam, Polis Jahat, Polis Zalim dan tak bertimbang rasa semua tu sememangnya ditanam dalam kepala otak kita bernama manusia ni dalam Malaysia. Semua itu dibuat oleh pihak pihak tertentu yang anti Polis (bila kena samun ke kena pukul ke pandai pulak gi report polis hihihi)


Dalam kes remaja cina yang koma setelah jatuh dari motor sewaktu melarikan diri dari roadblock polis. Dan seperti biasa, pihak keluarga remaja tersebut menyalahkan pihak polis sehingga menyebabkan anak mereka terlibat dalam kemalangan itu dan koma

Menurut kakak kepada mangsa:
"Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?” 

Hakikat sebenar tidak dapat diterima oleh keluarga remaja Lelaki Cina tersebut lalu menyebarkan cerita bahawa Polis menendang lelaki cina tersebut sehingga koma. Ditambah lagi Anggota Polis yang bertugas adalah melayu maka serangan hebat mesti dilakukan dan menafikan kejadian sebenar yang telah berlaku.

Rakyat Malaysia perlu sedar dan jelas mengenai pekara yang sedang disebarkan dan dihasut oleh pihak tak bertanggungjawap mengenai insiden remaja lelaki Cina yang lumpuh setelah melanggar pembahagi jalan.

SALAH remaja Lelaki Cina itu kerana tidak mempunyai lesen memandu yang mana tidak mempunyai kelayakkan untuk menunggang motosikal. Secara jelas remaja lelaki cina itu tidak tahu mengawal motosikal yang ditunggang kerana tidak mempunyai lesen memandu.

SALAH remaja Cina itu apabila melanggar sekatatan jalanraya kerana jika tidak dilanggar sekatan jalan maka sudah pasti remaja cina itu tidak hilang kawalan dan tidak akan melanggar pembahagi jalan sehingga beliau mendapat koma.

SALAH keluarga remaja Cina itu kerana membenarkan menunggang motosikal tanpa lesen memandu yang sah. Keluarga remaja cina itu perlu mengambil tanggungjawab mengenai insiden yang berlaku kerana GAGAL dalam mendidik anak yang berumur 14 tahun.




Sumber : Akhbar dan Blog


Cintailah Allah yang Maha Agung. 
Ia adalah cinta yang hakiki, sejati dan kekal abadi
yang akan membawa kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.

Thursday, March 1, 2012

Bayi Plaster Mulut & Dibendong Di Taska Di Johor



Salam
Pelik aku macam ni...apa jenis manusia sanggup buat baby macam ni...aku rasa ni semua jenis mengejar keuntungan semata-mata....takde perasaan ikhlas dalam diri dan takde perasaan keperi manusiaan....kalau la berlaku pada anak aku sendiri tak tahu la....
Bila aku tengok video ni, rasa sebak datang...sanggup mereka rosakkan amanah yang ibu bapa baby serahkan pada mereka....
Aku harap tindakan tegas dikenakan pada mereka, bukan untuk pengajaran pada mereka sahaja, malah pada semua pusat asuhan, supaya tiada lagi kes macam ni terjadi....

Your Future Depends on your Dreams
So go to sleep.....




Update

Penjaga Pusat Asuhan diJohor ditangkap



JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.