Monday, September 20, 2010

Police is Watching You...


salam guyz n gurl...
lupe nak update....baru2 ni aku dapat SMS dr mangsa, yang mana pihak hospital telah mengesahkan kesan bengkak & lebam di muka mangsa, adalah akibat pukulan dari benda tumpul, (macam mane dia kate tak pukul ek...menipu la tu, kire tak boleh la dah dia nak walikan anak dia kawen besar nanti) dan laporan itu sudah diserahkan kepada pihak polis Kota Tinggi dan tindak selanjutnya akan diteruskan seperti mana di persetujui oleh pihak mangsa....jadi kite tunggu dan lihat.... kes aku plak abg sepupu aku yg polis tu memujuk aku suruh polis tangkap je.... hari tu inspector balai polis Kota Tinggi yg handel kes aku ni call 2-3kali tanya nak tangkap tak.... tp tu la.... dalam ganas2 aku ni, kesian gak kat anak bini dia....walaupon mcm2 dia kate aku... tp aku bg change lg....tah le mungkin aku ni masih lg manusia kot, bukan macam dia.... sir, Police is watching you....

Tuesday, September 14, 2010

Ceroboh

Salam guz...
baru2 ini aku telah mendapat tau dari sumber yg laman blog aku telah diceroboh. bukan laman blog sahaja, malah Email aku juga.. dan pada 9hb september yang lalu aku telah membuat laporan polis dan SKMM. setelah berhari2 memikir dan menyiasat, hari ni dah terlerai misteri setting blog aku yang telah berubah dan polis telah berjaya mengesan IP address penceroboh tersebut dengan bantuan SKMM. penceroboh tersebut juga orang yang sama telah mengugut untuk membelasah, memotong tangan aku dan membunuh aku. Laporan juga telah dibuat atas nama 2 sepupu dia juga mengugut untuk mencari dan membunuh aku. dan polis telah menyarankan aku untuk membuat laporan seterusnye untuk membolehkan pihak polis menahan penceroboh dan 2 sepupunye itu. Dan esok aku ada appointment dgn majikan beliau diIbu Pejabat dijalan bangsar untuk menyerahkan bukti dari pihak polis dan SKMM dan laporan polis yang telah dibuat. Dan perbincangan apakah tindakan yang perlu diambil... dan ini pesanan untuk penceroboh itu yang still membaca blog ini, bacalah puas-puas tak lama lagi komputer tak jumpe dah. pepatah org lama2 pernah berkata, "air yang tenang jangan sangka tiada buaya"