Thursday, July 26, 2012

OMG!!!!

Salam uollss

OMG (Oh My God)....teringat zaman kanak-kanak dulu, bila aku sebut Oh My God or God je mesti ada member aku yang berkata "aok sebut God? tak baik wei, tu tuhan kafir"....dan masa tu ternganga aku dengar fatwa dari budak umur 12 tahun tu....bila umur dah meningkat ni terfikir pulak, tak salah bila muslim OMG, tapi salah kalau menyebut OMJ (Oh My Jesus) Jesus baru merujuk pada tuhan Kristian...

Dari segi bahasa bukan ke perkataan God membawa maksud Tuhan, tak percaya sila google sedangkan mak bapak kita ada jugak menyebut "ya tuhanku". dan membawa maksud sama erti oh my god. yang menjadi salah apebila kita samakan GOD dengan Allah. Kalimah God sama sekali tidak boleh diterjemah sebagai Allah. Dari segi bahasa, God hanyalah Tuhan. Dalam bahasa Arab, tuhan = Rab, dalam bahasa Spanyol, tuhan = Dios dan dalam bahasa Korea, tuhan = hananim. takkan orang muslim USA, London, Australlia, sebut ya Tuhanku....sedangkan imam-imam masjid dikota London pun sebut Oh My God. dan tak pernah pulak Muhammad Ali, Frank Ribery dan Zidane sebut ya tuhanku, kecuali Translate ke bahasa Melayu di TV.

Tapi dalam kehidupan kita ni, seorang muslim diMalaysia, yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan, tak payah lah nak "urban" sangat. Masyarakat kita sekarang ni terlalu mudah untuk mengikut budaya. tak sesuai dengan budaya kita. Lebih baik kita bertanyakan dengan orang lebih arif dalam bidang itu, jangan kita ni ikut kepala kita je...dan biar mereka yang arif itu menentukan...

Dan dalam bab agama sebut "Ya Allah"  macam blogger The Red Rambutan sarankan tu, aku setuju lebih afdal dari OMG. Kan kita dah dapat pahala sebab berzikir walaupun bercakap dalam kehidupan seharian daripada dok cakap OMG yang tak mendatangkan hasil. tapi kalau dah kemaruk nak Amerika sangat, aku sarankan OMA (Oh My Allah)....



Wednesday, July 11, 2012

Jalan-Jalan Putrajaya


Selamat datang ke Putrajaya FLORIA 2012 - Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia. Bermula dari 30 Jun - 8 Julai 2012, FLORIA 2012 akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.

Salam All...
1hb Julai hari tu bonda aku mengajak aku ke Putrajaya...hajat beliau nak pergi ke Putrajaya Floria 2012 kat Persint 2...dan aku sebagai seorang anak soleh menunaikan la hajat bonda kesayangan aku tu....
pada hari tu selain aku dan bondaku, orang rumah dan seorang anak saudara aku pun mengikut sama....
jadi nikmatila gambar-gambar yang sempat aku snap dibawah....







ni pulak gambar-gambar yang lain-lain....









Thursday, July 5, 2012

UNCLE SEEKERS KE TANGKAP

Salam All...
Tadi semasa aku blogwalking, aku terbaca beberapa blog mengatakan Uncle Seekers ditahan polis.


Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, ACP Mohd Akhir Ishak, seorang lelaki dipercayai pengendali laman blog Uncleseekers.blogspot.com ditangkap kerana didakwa memfitnah Sultan Johor melalui lamam blog.

Tangkapan dilakukan semalam pada jam 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Butiran tangkapan, Syed Abdullah Syed Husein atau lebih dikenali dengan gelaran Uncle Seekers, 46 tahun dan Siti Nadhirah Mohd Zain, 26 tahun. Kedua suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen (8)(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972, berikutan laporan dibuat pada 13 Jun 2012.

Siti Nadhirah dikatakan teman wanita Syed Abdullah.

Apapun mereka berstatus suspek dan belum didapati bersalah selagi tidak diputuskan oleh mahkamah.

Kini, wakil media cetak dan elektronik dilaporkan sedang menanti kedua suspek hadir di mahkamah di Johor Bahru untuk pihak polis mendapatkan perintah reman.
clone & paste dari laman blog Abg Dol

update: