Thursday, December 13, 2012

EAS ke AES!!?? dan Pesalah jalanraya

Salam U oll....
korang tentu tahu...aku ni lambat sikit....kali ni ank cerita pasal AES....padahal dah lama kecoh pasal AES ni...aku je yang slow hahaha

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang sibuk pasal AES. AES tuialah Automated Enforcement System atau dalam Bahasan Melayunya Sistem Penguatkuasaan Automatik. Ia untuk mengesan dan mengambil gambar kesalahan yang dilakukan di jalanraya oleh pemandu dengan mengesan hadlaju, melanggar lampu merah dan sebagainya. Buat masa ni ia diletakan dijalanraya terpilih di Malaysia, ia akan  dan dengan serta-merta akan merekodkan segala kesalahan berkaitan kenderaan dan pemandu dan seterusnya pihak JPJ akan menetukan samaada gambar itu boleh digunakan untuk mengeluarkan saman kepada pemandu tersebut.


Ramai jugak yang tak sokong AES, macam-macam alasan diaorg...bagi mereka AES ni mengzalimi rakyat la...menguntungkan kroni la...mereka macam takut dengan AES ni...bagi aku kalau tak buat salah buat ape nak takut, dah tau ada camera AES situ, janganlah speeding, jangan langgar lampu merah...bagi aku bila anti-AES ni berkata-kata, senang je aku jawap, kalau tak nak untukan kroni, or konon duit tu untuk dana PRU13 BN nanti. ape kate kita boikot, boikot dengan cara, jangan langgar undang-undang, jangan over-speeding, jangan langgar lampu merah...





Pasal kroni pulak aku rasa kalau projek pasang/selenggara AES dapat kat orang dia, mesti diam je kan? Contohnya, macam projek di Pulau Pinang, Melaka, Ipoh, Bukit Tinggi, Negeri Selangor...Itulah penyebab yang "mengecohkan" negara sebenarnya. Duit punya pasal. Lagi 1 Statistik/Perangkaan pun mennunjukkan 80% pesalah jalanraya ialah 'orang itu'.




senarai lokasi AES yang diwarwarkan kerajaan
akhir kata, mengada-ngada sangat mereka ni...ikut undang-undang sudah,
terasa nak gedik sikit ari ni.... xoxo muaah....hahaha

Wednesday, December 12, 2012

Gembira & Sedih....

Salam....
Lama betul aku tak update blog aku ni... dah naik bersawang....untuk pengetahuan reader aku semua...cewah...macam ramai...pada hal berape kerat je hahahaha...macam-macam peristiwa terjadi dalam tempoh beberape bulan ni, ada suka, ada duka...antaranya

23.08.12....Anak Saudara aku Ayuni telah selamat diijab kabulkan dengan pasangan beliau yang berasal dari Kedah, dan majlis diadakan di Jerantut, Pahang.

Sebahagian Dari Anak Saudara aku
16.10.12...Raya Haji, kali pertama aku merayakan perayaan diKota Tinggi. Kampung isteri aku Puan Wawa....dah berapa tahun tak menjejakkan kaki ke kampung Puan Wawa....kalau korang baca dari mula blog ni mesti korang dapat agak kenape aku dan Puan Wawa tak balik...

Menara Jam Bandar Kota Tinggi
05.11.12....Aku n Puan Wawa bukan lagi duduk diTaman Sri Semantan. ini kerana rumah Kami diPinggiran Temerloh Damai Dah Pun Boleh diduduki. Puan Wawa punya la gembira nak duduk rumah sendiri sampai tak sempat nak pasang Grill yang sampai kehari ni baru 40% siap. nasib baik Rel langsir dah siap...kalau tak macam rumah bogel hihihi

Puan Wawa bagi nama Teratak Zihan



12.11.12....Mak saudara aku, yang aku sayang, yang aku cinta, yang menjaga, memelihara aku dari aku kecik, sampai aku kawen telah pun meninggalkan kami. Beliau meninggal atas sebab Komplikasi jantung dan buah pinggang, beliau meninggal diHospital Sultan Haji Ahmad Shah, pukul 12.30am dan hari ni Genap Sebulan dia meninggalkan aku.....

Saudah Binti Mat Yassin. Al-fatihah
setakat ni la abang becerita ya adik-adik...lain kali abang akan cerita lagi, ni sebab abang nak tidor esok nak kerjakan hihihihi
good night all...and may Allah bless you life, today, tomorrow and ever after...