Salam...
Sekarang aku kurang menaip kat sini...banyak faktor membuat aku kurang menaip semenjak akhir2 ni....aku lebih banyak blog walking, membaca blog kekawan...salah satu blog tu aku terjumpa satu entry yang menarik perhatian aku....
Sejarah awal Lebuhraya Karak FT2 / Karak Expressway FT2 early history
Pembukaan Lebuhraya Karak FT2
pada 7 Januari 1978. Terima kasih kepada
Blues Riders kerana memberikan satu informasi menarik untuk dikongsi bersama.
Sebagaimana
yang kita semua sedia maklum, Lebuhraya Karak asalnya merupakan lebuh
raya dua lorong bertol dengan kawalan masuk separa, lebih kurang sama
seperti jalan raya biasa. Namun, kos pembinaan lebuh raya tersebut
dianggap tinggi tatkala Malaysia masih lagi sebuah negara pertanian
dengan kadar pertumbuhan ekonomi yang agak rendah. Ia ditambah lagi
dengan pembinaan Terowong Genting Sempah yang merupakan terowong jalan
raya pertama di Malaysia. Itulah sebabnya Lebuhraya Karak dikenakan tol
walaupun ia sekadar jalan raya 2 lorong biasa.
Pada pertengahan
1990an, Lebuhraya Karak dinaik taraf dengan membina satu lagi laluan
bersebelahan di samping membina beberapa persimpangan bertingkat untuk
menjadikannya sebuah lebuh raya ekspres penuh dengan kawalan masuk penuh
berbanding dahulu. Lebuhraya Karak kini diberikan kod laluan E8 yang
juga dikongsi dengan Lebuhraya Pantai Timur yang dibina beberapa tahun
kemudian. Kedua-dua lebuh raya itu diselenggara oleh MTD Prime.
Tanpa membuang masa, kita saksikan dulu catatan sejarah pembinaan Lebuhraya Karak KT2 ini.
Mungkin
ramai di antara pengguna Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak yang sering
melalui terowong ini tanpa mengetahui kisah sejarahnya. Marilah kita
imbau kembali kenangan kira-kira 33 tahun yang lalu mengenai terowong
yang pernah mencatat sejarah sebagai sebuah terowong lebuh raya pertama di Malaysia.
Pembukaan terowong dan sebahagian lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak ini kepada lalu lintas telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam pada 07.01.1978 tatkala Bro Alan yang tinggal di Bentong masih belum lagi dilahirkan ke dunia ini.

Terowong
jalan raya yang pertama di Malaysia ini terletak di genting Sempah,
panjangnya kira-kira 3 000 kaki, ditebuk di tengah-tengah bukit dan
hutan yang melintasi sempada negeri Selangor dan negeri Pahang
berdekatan dengan persimpangan jalan lama ke Genting Highlands.
Tingginya ialah kira-kira 2 000 kaki dari paras laut.
Tinggi
terowong ialah 26 kaki dan lebarnya 32 kaki. Di sepanjang terowong
diterangi oleh lampu-lampu berwarna merah muda dan sekiranya bekalan
elektrik terputus, stanby generator akan bertugas secara otomatik.
YB
Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan
Kemudahan-Kemudahan Awam sedang melihat sendiri Bilik Gerakan pemantauan
terowong.
Para pengguna terowong ini tidak akan menghirup udara yang beracun seperti gas carbon monoxide
atau gas-gas kotor yang lain kerana satu sistem di mana udara bersih
dimasukkan ke dalam dan udara kotor dikeluarkan ada disediakan.

Selain
dari itu, sistem mencegah dan memadam kebakaran juga dilengkapkan.
Perkhidmatan telefon dan lain-lain kemudahan juga disediakan.
Tanda-tanda isyarat lalu lintas dan kawalan yang cukup di dalam terowong
disediakan dan sebagai tambahan sebuah sistem kawalan melalui
televisyen (CCTV) telah dipasang dengan menggunakan dua buah kemera.
Telefon
darurat untuk menghubungi pengawal-pengawal terowong juga turut
disediakan. Kakitangan JKR bertugas secara 24 jam di bangunan terowong
itu dan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan atau kebakaran,
pengguna-pengguna terowong adalah diminta menghubungi mereka dengan
menggunakan telefon-telefon yang disediakan di sepanjang terowong itu.

Dengan
terbukanya terowong lebuh raya ini yang serba indah dan lengkap di Batu
23 jalan Kuala Lumpur - Bentong dan sebahagian jalan baharu, maka
pengguna-pengguna jalan raya dari Batu 11 (Mimaland) hingga ke Batu 28,
akan mengalami dan merasai satu perubahan yang sungguh selesa dan
menyenangkan.
Mereka tidak
lagi mengikuti jalan yang berbengkang-bengkok, tidak lagi menemui
selekoh-selekoh yang merbahaya, pendeknya tidak lagi melalui jalan yang
berliku atau berkelok-kelok.
Jalan
raya dari Batu 11 dan Batu 28 dengan terowong yang terpanjang terletak
di Batu 23, Genting Sempah, merupakan sebahagian dari rancangan kerajaan
meningkatkan keadaan jalan raya di antara Kuala Lumpur dengan Karak.
Sebahagian daripada lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak yang telah dibuka kepada pengguna jalan raya.
Projek
lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini bermula di Batu 3, Jalan Pahang
Kuala Lumpur hinggalah ke batu 54 di pekan Karak. Sungguhpun jarak lebuh
raya baharu ini hanya dapat dikurangkan sejauh tujuh batu sahaja, namun
perjalanan di lebuh raya baharu ini akan dapat dikurangkan sebanyak 45
minit dan dalam keadaan yang lebih selamat dan lebih selesa.
Pembukaan
jalan dari Batu 11 hingga ke Batu 28 yang termasuk di dalam rancangan
Seksyen 1, 2 dan 3 kini telah memendekkan jarak perjalanan kira-kira
41/2 batu dan masa perjalanan dapat dikurangkan kira-kira 25 minit.
Bagaimanapun,
kerana jalan raya itu ditebuk dan dibina di tengah-tengah bukit dan
hutan belantara tebal, maka tentulah terdapat juga sedikit selekoh yang
tajam dan pendakian bukit yang curam. Namun demikian jumlah selekoh dan
pendakian yang begini telah dapat diminimumkan.
Tanda-tanda
jalan, jalur pemisahan, kerlipan batu-batu isyarat di malam hari dan
lain-lain tanda disediakan dengan secukupnya untuk memberi amaran kepada
pemandu-pemandu. Lorong tambahan ada disediakan ketika mendaki
bukit-bukit yang tinggi.
Pintu
masuk terowong dari Negeri Pahang ke Kuala Lumpur. Kelihatan juga
sebuah bas berwarna putih itu yang jika di zoom, jelas tertulis
perkataan "Mara Ekspress".
Dengan
keadaan ini maka para pengguna akan dapat memandu dengan lebih selesa,
lebih cepat dan lebih selamat pada kelajuan 40 hingga 50 batu sejam.
Pemandu-pemandu
kenderaan berat adalah dinasihatkan supaya mematuhi isyarat-isyarat
lorong mendaki dan terus menggunakan lorong mendaki tambahan dengan
seberapa segera dan pengguna-pengguna jalan yang lain haruslah
berjaga-jaga sewaktu melalui tanda-tanda ini kerana kemungkinan
pemandu-pemandu kenderaan berat akan mengambil semula lorong biasa
mereka apabila saja mereka selesai menggunakan lorong tambahan tadi.
Oleh itu, memotong pada tempat-tempat ini adalah tidak digalakkan dan
merbahaya.
Tegasnya, lebuh
raya ini telah dibina dengan mutu kejuruteraan dan keselamatan yang
paling tinggi dan sebarang cubaan untuk mencemar mutu ini adalah salah
dari segi moral dan salah di sisi undang-undang. hehe..

Jumlah perbelanjaan keseluruhan projek ini adalah dianggarkan sebanyak
$160 juta. Ini tremasuklah kos pembinaan
, pengambilan balik tanah dan sebagainya.
Fasa
pertama projek ini mengandungi Seksyen 1, 2 dan 3. Seksyen 1 bermula di
Batu 11 berhampiran dengan Mimaland dan berakhir di Batu 21. Seksyen 2
bermula di Batu 21 hingga ke Batu 22. Seksyen 3 dari Batu 22 membawa ke
Batu 28.
Jalan dari Batu 22
ke Batu 28 telah dibuka pada 1 Julai 1977dengan satu jalan sementara
dekat Batu 28. Jalan sementara ini akan diputuskan apabila kerja-kerja
Seksyen 4, 5 dan 6, peringkat kedua disiapkan.
Tiga syarikat pemaju telah terlibat dalam pembinaan projek ini. Pemborong Seksyen 1 dan 3 ialah Syarikat Italian-Thai Development Corporation. Pemborong Seksyen 2 termasuk pembinaan terowong ialah Korea Development Corporation. Pemborong Seksyen 4, 5, 6 dan 7 yang termasuk dalam peringkat kedua ialah Syarikat Sato Kogyo Co. Limited dari Jepun.
Kerja-kerja
sekyen yang lain dalam Projek Lebuh raya Kuala Lumpur - Karak ini dari
Batu 28 hingga ke Batu 43 dijangka akan dapat disiapkan pada pertengahan
tahun 1978.
Pautan asal:
Blues Riders