Salam....
Dah lama sangat aku tak menaip kat sini....sebulan lebih jugak la. bukan ape faktor Keje, Kesihatan dan keluargaan membuatkan aku tak kesempetan nak menaip kat ni.....
ok. berbalik pada tajuk kat atas selepas Nikon D3100, Canon A2200 dan Xperia Mini Pro satu lagi toy baru aku beli. Lenovo Ideapad A1 Tablet.....
Ramai tanya kenape aku beli Lenovo. alang-alang baik aku terus angkat Ipad ke...Galaxsy Tab ke. tapi bai aku nak pakai benda tu biar ikut kemampuan. pepatah orang tua-tua. cuba baju dibadan sendiri....
Terdapat dalam dua warna menarik hitam dan putih....aku ambik warne putih....dah banyak sangat toy aku kaler hitam hihihi...peranti tujuh
inci ini memang sangat mudah alih dan bersedia untuk dibawa mane tak perlu dah aku memikut Laptop kalau bercuti. Ia hanya mempunyai ketebalan 11.95mm dan seringan 0.4kg,
IdeaPad Tablet A1 datang dengan apps yang lengkap termasuk
pra-muatan aplikasi dari Doc To Go, Adobe, eBuddy, Flash, mSpot dan
lain-lain.
IdeaPad Tablet A1 membolehkan pengguna untuk menikmati video dan
filem kegemaran mereka dalam kejelasan resolusi skrin LED 1024 x 600.
Dengan kamera depan bersepadu (1.3megapiksel) dan belakang
(3.0megapiksel), aku boleh merakam detik-detik hidup dalam gambar
pegun atau video, atau “bersemuka” dengan rakan-rakan dan keluarga
dengan program VoIP Skype dan lain-lain yang popular.
Ia mempunyai fungsi offline navigasi GPS yang membolehkan pengguna
untuk sampai ke destinasi dengan lebih cepat dan membolehkan sambungan
terus ke satelit tanpa perlu sambungan internet.
Rekaannya diselaputi aloi magnesium untuk melindungi cakera keras dan
sistem komponen lain, iaitu perlindungan optimum di mana pengguna boleh
merasa yakin bahawa data mereka dilindungi.
Harganya pun memang murah, hanya RM799 untuk storan 16GB dengan RAM
512MB dan bateri bertahan hingga 8 jam bergantung kepada penggunaan.
No comments:
Post a Comment