![]() |
| Erykah Badu |
KUALA LUMPUR : The Star hari ini
memohon maaf diatas penyiaran gambar seorang penyanyi Amerika yang memakai tatu
kalimah Allah di kedua-dua belah dadanya.
Penyanyi berkenaan Erykah Badu
dijadual mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 29 Februari ini.
" Kami dengan ikhlas memohon
maaf kepada pembaca-pembaca Muslim di atas kesilapan ini," petik kenyataan
itu menerusi The Star Online.
Gambar Erykah Badu dipaparkan pada
halaman 17, bahagian Star2.
Selain dua tatu kalimah Allah,
simbol lain pada dada dan lengannya yang terdedah juga memperlihatkan
huruf-huruf dalam bahasa Yahudi dan simbol seakan-akan piramid.
Penyanyi R&B, soul dan hip hop
ini pada awalnya dijadual mengadakan konsert esok di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur namun ditunda pada keesokan harinya.
Salam....
Kadang kala aku pelik kat orang surat
khabar ni....dah terang-terang dalam gambar tu nampak jelas kalimah Allah,
kenape masih disiarkan dalam akhbar dia orang, kerja syarikat akhbar, takkan
takde sorang pon dalam tu perasan...nak kata bodoh masing-masing belajar
tinggi....tak faham la dengan syarikat akhbar ni....
Alangkah indah jika setiap saat dan waktu, hati
kita sentiasa merasa gembira. Fikiran kita tenang dan tenteram.
Tetaepi kita tak berdaya untuk semua itu... kerana ia ialah kurnia
tuhan di SYURGA ABADI.

No comments:
Post a Comment